SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....
Memaparkan catatan dengan label pelaburan emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelaburan emas. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Disember 2009

KULIAH EMAS: Konsep di dalam ekonomi yg perlu diketahui

Salam semua...harap semua sihat sesihat emas

Saya ingin kongsikan dengan anda semua satu petikan di dalam sebuah artikel yg memberikan sedikit gambaran mengenai sistem ekonomi dunia yang ada kaitan dengan emas.

" Some may argue that all the government has to do is to print more money. Yes, that is true. A learned friend of mine once said that the government will never run out of money because it can just print more. That is a brilliant statement. But of course it has it consequences. The amount of paper money in circulation must correspond to the amount of gold held in reserves. If paper money exceeds the value of gold - which is what the US is facing right now - then the said currency's value falls. Purchasing power declines. Inflation rises. And a whole lot of other negative economic terminologies."

Kesimpulannya, kalau kita kumpulkan semua duit kertas "RM" yang ada di seluruh Malaysia, jumlahnya mesti senilai dengan emas di dalam simpanan sesebuah negara. Kalau kita cetak lebih banyak duit kertas, maka duit kertas tu akan rendah nilainya,hanya angka saja yang besar tapi nilainya makin kecil.

Sebab tu , sekarang negara China beli emas banyak untuk stok negara mereka. Tak hairan dalam masa yang singkat China akan jadi gergasi dunia.

So yang jadi perhatian ialah emas. Ekonomi negara pun bergantung kepada emas. Apatahlagi ekonomi kita diperingkat individu. Ekonomi kita lebih selamat kalau kita simpn emas.
EMAS = Kebaikan/Kesejahteraan/Kebijaksanaan

Jom simpan emas sekarang

Read more...

Khamis, 3 Disember 2009

KULIAH EMAS: Emas Adalah Pekerja Yg Setia

Salam semua sahabat emas,

Kalau anda semua baca buku mengenai Financial Planning ( Pengurusan Kewangan ) seperti Jutawan dari Planet Jupiter ( Azizi Ali ), Poor Dad Rich Dad. Atau anda baca buku motivasi untuk jana kewangan, kesimpulan yang saya boleh katakan semuanya menyuruh pembaca bina PASSIVE INCOME( Pendapatn Pasif ).

Passive Income ni mudah cakapnya, sumber pendapatan yang kita dapat tanpa peru bekerja. Pendapatan yang kita dapat daripada hasil titik peluh kita dipanggil ACTIVE INCOME seperti duit gaji bulan-bulan kita bagi yg makan gaji. Kalau kita tak bekerja maka duit pun tak dapat. Kalau tak berniaga, maka tak dak duit masuk.

Yang tak baik tentang Aktif Income ni, kalaulah kita ditimpa musibah, accident ka, kena strok ka, dan tak boleh bekerja( minta dijauhkan ). Maka pendapatan pun takda. Tu satu bencana besar dalam hidup. Bukan saja kepada diri bahkan kepada keluarga yg tersayang.

Sebab itu, ramai pakar Pengurusan Kewangan suruh kita bina kekuatan Passive Income. Apa mesin Passive Income ni? Contoh :

1. Fixed Deposit( Deposit tetap )- FD
Simpanan dalam FD ni kira selamat tapi kadar pulangan yang kita dapat dalam 2% je setahun. So kalau kita nak pendapatan RM 1000/sebulan = 12000/tahun. Kita perlu simpan RM 600 000 dalam fixed deposit untk dapat RM 12000/tahun. Persoalannya kita ada ka simpanan sebanyak tu? Ketuk kepala, tanya minda.

2. Beli hartanah
Dengan kita beli rumah dan sewakan dia, memang boleh buat duit pasif. Tiap-tiap bulan penyewa akan bayar duit kat kita. Walaupun dalam ekonomi turun atau naik, permintaan kat rumah ni tetap akan ada, sebab manusia perlu tempat perlindungan. So Tiap-tiap bulan kita dapat duit yg kita tak perlu kerja,penyewa yg bekerja utk kita.

Masalah dalam hartanah ni ialah modal. Modalnya besar. Nak bayar deposit pun kadang-kadang tak mampu. Sebab tu ramai yg tak beli rumah.

3. Saham
Ini pun satu lagi pilihan yg ada. Kita simpan dalam saham, saham amanah atau pun dalam syer market. Semua saham ni boleh buat duit kita bekerja utk kita. Tapi Harga saham amat bergantung kat prestasi ekonomi dunia. Kadang-kadang kita terpaksa tunggu jangkamasa yg lama, bertahun lamanya nak dapat untung.

4. Emas
Ya inilah alternatif yang ada dalam pasaran untuk buat duit pasif. Anda tak perlu bekerja tetapi emas yg akan bekerja untuk anda. Tetapi anda mesti menjadi bos kepada emas ni dulu, maknanya beli dan simpan emas.
Dengan menyimpan emas, harga emas sentiasa naik, so anda akan dapat duit walaupun anda tak bekerja. Lagi lama anda simpan, lagi bagus sebab harga emas akan lagi naik.
Satu yg menarik tentang emas ni, anda boleh mula dengan modal yg rendah. 1 dinar dalam RM 600. Kalau nak masuk Uni Trust minimum RM 1000.

Kesimpulannya, emas ni adalah pekerja yg baik dan setia kepada tuannya. Cuma kita saja yang tidak mahu jadi tuan kepada emas. Sayang seribu kali sayang.

So, seruan saya buat sekaliannya, rebutlah untuk menjadi TUAN kepada emas kerana emas adalah pekerja yang amat setia untuk memberi duit kepada anda. Hanya menunggu anda menjadi tuannya.

Read more...

Jumaat, 27 November 2009

KULIAH EMAS: Faedah Melabur Di Dalam Jongkong Emas Public Gold


Salam semua...di sini saya hendak beritahu anda kenapa emas Public Gold adalah antara emas yang terbaik setakat ini, sebagai emas pelaburan.

1. Sebelum itu anda perlu tahu terlebih dahulu, sebagai pelaburan, jongkong emas adalah terbaik. Dibandingkan dengan dinar emas,buku akaun emas( Gold Investment Account, atau barang kemas( boleh baca artikel sebelum ini )

2. Persoalan kedua, apa pilihan jongkong emas yang ada dipasaran sekarang ? Antaranya Emas kijang( Bank negara ), Pamp suisse ( OCBC Bank ) dan Public Gold.

3. Seterusnya kenapa jongkong emas Public Gold adalah yang terbaik? Di sini saya beri pandangan saya:

i. Public Gold adalah syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas pelaburan. Dan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record. So syarikat ini memang legal dan sah di sisi undang-undang dan terbukti kualitinya.

ii. Public Gold mempunyai kemahiran dan keupayaan sendiri di dalam menghasilkan jongkong emas. Dari membeli emas, melebur emas, membentuk emas, menilai ketulenan emas, mengedar emas dan menjual emas. Dan mempunyai rangkaian diperingkat international di dalam industri emas. So syarikat memang kukuh. Tidak bergantung kepada pihak kedua untuk menghasilkan emas.

iii. Harga emas Public Gold ini mengikut harga emas dunia. Anda boleh check harga emas di kitco.com. Mereka tidak sembunyi atau main harga emas dunia.

iv. Beza harga jualan dan belian yang rendah. Hanya 5-6% sahaja. Ini adalah yang terendah di pasaran. Kalau kedai emas beza dalam 20-25%. Bayangkanlah!!! Kalau beli 10k, jual balik dapat dalam RM 7500 saja.

v. Kos pelaburan juga rendah kerana harga PG ini mengikut harga emas dunia. Tanpa kos tambahan seperti barang kemas, kos meningkat kerana upah pekerja yg tinggi.

vi. Syarat belian balik yang fleksibel dan tidak ketat. Kalau emas PG tu bengkok atau tercalar selagi tidak mengubah beratnya, PG akan membeli balik tanpa banyak soal. Kalau emas kijang tercalar sikit pun mereka tak beli balik, leceh. Jadi peace of mind beli emas PG ni.

SO, itulah sebabnya emas Public Gold ini adalah yg terbaik setakat ini. Tak perlu fikir panjang, beli saja emas Public Gold,InsyaALLAH tenang.

Jumpa lagi

Read more...

KULIAH EMAS: Kenapa anda perlu simpan emas?


Salam semua. Bagaimana raya Aidil Adha anda? Dah buat korban? Apa pun ikhlaskan niat, sucikan hati.

Kali ini saya nak terangkan sekali lagi mengenai kenapa saya dan anda perlu menyimpan emas? Mungkin saya dah terang sikit masa pengenalan dulu. Tak salahkan kalau kita terus mengulangi beda yg baik.

1. Mudah cakap, dengan menyimpan emas ni, kita dapat 3 faedah dalam 1 masa. ( 3 dalam 1 ).- macam kopi plak..:)

i - Sebagai simpanan
ii - Sebagai pelaburan
iii - Sebagai insuran

2. Sebelum tu saya nak tanya semua, anda ada buat simpanan? Tak kiralah kat mana anda simpan.Kat bank, tabung haji , bawah bantal, atau kat mana saja. Ada tak? bagusssss...kalau jawab ada. Kalau takda, then anda perlu simpan segera, anda dalam bahaya.

3. Soalan kedua, Anda ada tak buat pelaburan? Kat ASB, unit amanah, koperasi, share market, skim cepat kaya, share partner dalam bisnes? Ada tak? Dah buat untung ke? kalau dah buat banyak mana? Satu lagi nak tanya, jangan marah ya, pernah tak anda dah rugi dalam pelaburan anda? Ada? Sabarrrrr....Serik? Sabarrrr....

4. Soalan ketiga, ada tak anda ambik insuran, Takaful atau apa ajelah? Ada? Bagus sebab insuran ni amat penting semasa kita ditimpa musibah.

5. Kalau anda dah buat ketiga-tiga perkara diatas, tahniah saya ucapkan. Anda dilandasan yg tepat dalam perancangan kewangan anda.Dan saya boleh beranggapan anda dah ada ilmu asas perancangan kewangan peribadi anda.

6.Baik, sekarang apa yg saya nak tanya saudara semua, mahu tak kalau saya nak bagitau anda satu rahsia, bagaimana anda dapat melindungi nilai wang simpanan anda, menggandakan wang simpanan anda( sehingga 25 % setahun ) dan menyelamatkan anda apabila anda terdesak? Yang lebih penting, tanpa risiko. YA tanpa risiko. YA!!!! Saya tahu ana menjawab YAAAAA!!!

7. Baik, sekarang dengar baik-baik rahsia ni. Rahsianya ialah denga menyimpan sebahagian wang simpanan anda dalam bentuk emas.

8. Emas akan melindungi nilai wang anda. Wang 10 ribu yang anda simpan sekarang, selepas sepuluh tahun akn jatuh nilainya dimakan inflasi. Tapi kalau anda simpan 10k emas, selepas sepuluh tahun, nilainya tetap 10k, bahkan lebih lagi.

9. Harga emas juga tidak pernah jatuh dari dulu. Fakta menarik tentang harga emas ni, dari tahun 2000 sehingga 2008, kenaikan harga emas sebanyak 247%( 27% setahun purata ). Ini semestinya adalah pelaburan yang amat menguntungkan, dan yang lebih penting bebas risiko.

10. Simpanan emas ni juga adalah sebagai insuran. Semasa kita ditimpa musibah, kita perlukan kewangan segera untuk menghadapi musibh. Kalau anda ada emas, anda boleh cairkan dengan mudah. Kalau rumah terbakar, emas tak rosak. Boleh selamatkan anda semasa terdesak.

So, itulah sebab utama anda perlu menyimpan sebahagian wang simpanan anda dalam bentuk emas. Yakinlah tidak rugi.

Read more...

Selasa, 24 November 2009

KULIAH EMAS: Safe Deposit Box


Salam semua..

1.Saya sering ditanya oleh ramai orang mengenai kat mana nak simpan emas? Ikut hati nak beli, tapi takut kena rompak pulak.

2. Saya pernah tanya soalan yang sama kat En Shukor. Ini jawapannya: emas ni kecil saja, simpan je kat mana-mana yang selamat.

3. Betul jugak saya fikir. Kaum wanita sebelum ni yang pakai emas pun simpan kat rumah je. Kadang-kadang lagi banyak dan besar-besar emasnya.

4. Tapi jangan bimbang, kalau anda bercadang nak beli emas banyak-banyak, anda boleh simpan kat bank. So far yang saya tanya kat RHB bank Alor Setar.

5. Saya baru saja balik dari jumpa pegawai bank RHB AS.

6. Ini syaratnya :

i ) Anda kena buka saving akaun dengan RHB dulu. Kalau Islamic akaun deposit
RM 100 je. Tapi kalau konvensional RM 250.

ii) Pastu kena bayar deposit kunci deposit box sebanyak RM 150 ( refundable ).
Anda akan dapat 2 kunci.

iii) Anda juga perlu membayar sewa box tu sebanyak RM 140/setahun.

iv) Anda juga dikenakan yuran setem sebanyak RM 10 sahaja.

v ) Anda boleh guna satu nama atau dua nama untuk sewa box tu. Kalau dua
nama, perlu hadir dua-dua sekali semasa nak buka box.


PS : tidak ada nilai minimum emas untuk anda sewa safe deposit box ni. 1 Dinar pun
boleh

7. Saiz box pelbagai. Yang saya tanya kat RHB tadi, available yang kecik je,
2.5inc x 5 inc x 2 kaki( feet )( pegawai tu kata sepanjang satu tangan)


So , jangan pening-pening lagi. Tidak ada alasan anda tidak mahu menyimpan emas. Beli dan simpan. Biar emas anda berkhidmat untuk anda dengan menggandakan wang anda.

PS: Kalau anda berhajat nak sewa boleh contact saya.

Read more...

Isnin, 23 November 2009

KULIAH EMAS: Emas Fizikal VS Akaun Gold Investment


Salam semua, harap semua makin faham mengenai pelaburan emas ni.
Saya ada dapat soalan daripada kawan, dia dalam dilema yang mana satu nak pilih, nak simpan emas fizikal atau nak buka akuan Gold Invesment?

Kalau soalan ini diajukan kepada anda, apa jawapan anda?

1. Untuk pengetahuan anda, Public Bank dan Maybank ada menyediakan akaun pelaburan emas( Gold Investment Account-GIA ).

2. GIA ni, mudahnya, pelaburan yang bersandarkan kepada HARGA EMAS. Kita masuk duit, kita dapat buku akaun pelaburan, tak dapat emas fizikal.

3. Bila harga emas tinggi, kita pun dapat untung. Kita hanya tengok pergerakan harga emas sahaja.

4. Ini pendapat peribadi saya. Saya lebih prefer pelaburan emas fizikal kerana 2 sebab utama :

i) emas fizikal menepati kaedah syarak. Kita beli dapat barang. Kalau GIA
dapat buku pelaburan sahaja.

ii) emas fizikal ni kita boleh gadai bila perlu cash. GIA memang sah tak boleh
gadai. Pajak Gadai mana yang terima buku pelaburan? Tak gitu?

Oleh sebab itu, emas fizikal ni lebih baik daripada Akaun Pelaburan emas.

Setakat ini dulu...

Read more...

Sabtu, 21 November 2009

TIPS EMAS: Ringkasan Bagaimana Nak Mula Melabur Emas

Salam semua...

Di sini saya nak bagi tips langkah-langkah mudah untuk mula nak buat pelaburan emas.

1. Cari ilmu
Ini amat penting sebab kita perlu faham mengenai pelaburan yg akan kita buat.
Boleh belajar dari blog atau web site.
Web cadangan : www.jutawanemas.com
www.mindamas.blogspot.com
Dan proses ni tak boleh berhenti. Kena terus belajar dan belajar.

Kata motivasi : " Pelaburan yg paling baik ialah ilmu pengetahuan "

2. Pantau harga emas
Anda boleh pantau herga emas dunia di website Public Gold. 24 jam sehari tanpa
henti.
Web : www.publicgold.com.my

Ini web wajib anda pergi. Anda cuba tengok harga emas harian.

3. Beli emas
Ini langkah mula yg perlu anda buat. " Tiada langkah mula tanpa langkah pertama"
Disamping anda terus belajar mengenai emas ni, anda mesti mulakan langkah
pertama. Beli dulu emas buat "IBU".Jangan tunggu terlalu lama. Nanti menyesal.
Dah ramai dah kenalan-kenalan saya yg tangguh-tangguh beli akhirnya semua
menyesal sebab tak beli awal.

4. Teruskan belajar
Belajar tidak boleh terhenti. Faham betul-betul apa itu emas.

5. Tambah lagi simpanan emas anda
Kalau anda ada modal, terus beli. Atau modal kecil, beli sikit-sikit.
Beli setiap bulan sejongkong emas/dinar emas.
Boleh beli emas dengan easy payment - 3 kali bayar.

Yang penting simpanan emas anda bertambah.

6. Simpan emas anda baik-baik2.

7. Tenangkan fikiran anda kerana harta anda InsyaALLAH selamat.

8. Kalau anda dah berpuashati dengan keuntungan yg dapat, boleh jual kembali kepada
agen atau Public Gold sendiri. Jaminan pembelian balik 100%

Kesimpulannya, anda akan rasa lebih tenang sebab anda yang menguruskan harta anda.
Semoga anda akan lebih selamat dan tenang.

Read more...

KULIAH EMAS : Nasihat kepada pesara dan bakal pesara

Salam...bagaimana hari anda. Diharap hidup hari ini anda lebih baik dari semalam. Itulah tanda orang yg berjaya

1.Baik di sini, saya nak kongsi pandangan saya dengan semua. Mengenai perancangan kewangan bagi bakal-bakal pesara atau yg dah bersara.

2. Ini memang terjadi pada ayah saya, yg sudah bersara. Biasalah bila kakitangan awam bersara dia akan dapat wang saguhati yg agak banyak. Biasanya ke mana mereka gunakan wang tersebut?

3.Apa yang terjadi pada ayah saya, beliau telah laburkan wang tersebut di dalam saham amanah. Semasa kecoh mengenai keuntungan saham amanah dalam akhir tahun 2007. Tetapi selepas itu ekonomi dunia merudum. Apa jadi kepada pelaburan itu?

4.Ya memang diketahui, saham amanah ni boleh buat untung, tapi mengambil masa, jangkamasa sederhana dan panjang ( dalam 5 tahun ke atas ). ( saya sendiri untung dalam 60% dalam 2 tahun ).

5.Dalam kes ayah saya tadi, sekarang ni pun pelaburannya masih lagi tak balik modal. Hampir 2K jugaklah rugi kalau jual sekarang.

6.Mungkin kalau disimpan lebih lama boleh dapat untung, tapi persoalannya bila? Sapa boleh jawab? Sedangkan umur makin meningkat.

7.Jadi saya berpandangan, pelaburan yang paling sesuai bagi para pesara ialah beli emas. Gunakan sebahagian daripada duit saguhati tu beli emas. InsyaALLAH tak rugi.

8.Kalau rasa nak pakai emas, boleh je ke pajak gadai. Kalau simpan pun , harga emas akan meningkat. Kalau dalam 2 tahun pun dah banyak dah peningkatannya. So, inilah pelaburan yang paling baik dan selamat bagi para pesara.

9.Bagi saham amanah, pelabur muda yg boleh simpan dalam 10 tahun ke atas adalah sesuai.

10.Jadi, jika anda ada ahli keluarga yg bakal bersara atau yg umurnya dah melebihi 50 tahun ke atas, saya nasihatkan, BELILAH EMAS. Jangan terpedaya dengan semua skim yg ada. Umur bersara, anda patut tenangkan fikiran, bukan serabutkan fikiran dengan menunggu bila harga saham akan naik....

Read more...

Sabtu, 7 November 2009

KULIAH EMAS: SOALAN LAZIM

Salam semua sahabat emas. Diharap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lembayung Ilhai.

Saya ada menerima panggilan telefon daripada adik ipar saya kelmarin, mengatakan yang Public Gold masuk dalam rancangan Bijak Wang. Tahniah Public Gold!!.

Ini sekaligus dapat menarik minat dan membuka minda ramai dikalangan masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas ini.

Suka saya tekankan sekali lagi kepada semua sahabat-sahabat diluar sana, SIMPAN LAH EMAS !!! Kerana tidak ada satu porfolio pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan, di dalam waktu ekonomi naik mahupun turun, anda malas atau rajin, suka atau duka...yang pasti anda akan untung. Sungguh tak tipu punya....

Kali ini saya hendak kongsi dengan semua mengenai beberapa soalan lazim yg saya terima setiap kali orang hendak tahu mengenai pelaburan emas ini.

Soalan 1 : Pelaburan emas macamana eh?

Jawapan : Pelaburan emas ni simple dan straight forward. Trading biasa saja. Macam anda beli barang je. Anda bagi duit , lepas tu anda dapat emas. Simpan emas tu baik-baik.
Tak perlu komitmen bulanan macam insuran. Kalau ada duit beli, takde duit kumpul dulu sampai cukup dan beli.


Soalan 2 : Kat mana nak beli ?

Jawapan : Boleh beli kat outlet Public Gold, Bukit Jambul Penang @ Bandar Sunway. Ataupun beli daripada agen Public Gold, kat mana2 saja.


Soalan 3 : Berapa harganya ?

Jawapan : Harga emas Public Gold ni ikut harga emas dunia. Boleh layari website www. publicgold.com . Kat sana ada tertera harga semasa emas dunia. Tapi nak kena faham sikit maksud harga Jualan dan Belian. Harga Jualan= harga kita beli/harga jual daripada Public Gold. Harga Belian = harga kita jual balik kepada PG/ harga beli emas daripada PG.

Soalan 4 : Nak simpan kat mana?

Jawapan: Emas ni kecil je, so mudah disimpan kat mana2 tempat yg selamat. Saya rasa orang perempuan pandai bab ni sebab mereka selalu simpan barang kemas.
Atau boleh sewa peti simpana deposit daripada bank, kadar sewa RM146/setahun.

Soalan 5 : Bila nak jual?

Jawapan : Bila-bila masa. Bila harga emas naik, lebih daripada harga kita beli boleh jual . Kena rajin tengok harga emas .


Soalan 6 : Kat siapa nak jual?
Sesiapa yang berminat, boleh jual kat mereka. Kalau nak jual kat PG balik, tunggu sampai harga belian atas dari harga yang kita beli, pastu jual balik kat PG. Atau pun jual je balik kat agen PG yang nak beli.
PS : saya insyaAllah boleh beli bila2 masa. Sila contact 019-9322542

Sekat ini dulu, moga dengan penjelasan ni, anda dapat sikit ilmu mengenai pelaburan emas ni.
So jangan berlengah lagi, beli emas sekarang!!! InsyaAllah hidup anda bahagia.

Read more...

Isnin, 19 Oktober 2009

SEMBANG EMAS: BAGAIMANA NAK MULA SMPAN EMAS?


Salam semua....


Harap sahabat semua sihat hendaknya, kerana sihat adala satu anugerah yang tiada ternilai. Jagalah ia.


1. Baik posting kali ini saya nak kongsi sikit pasal, bagaimana nak mula simpan emas Public Gold. Saya selalu ditanya oleh ramai orang, adakah emas PG ni kena bayaran pendaftaran ke? Macam skim pelaburan ke? Yuran ada dikenakan ke?


2. Baik, biar saya jawab di sini. Untuk simpan emas PG ni very simple. Macam sahabat beli barang je. maknanya trading biasa. Sahabat bagi duit dapat emas fizikal. Lepas tu simpan baik-baik.



3. Lepas simpan, check harga emas dunia. ( Boleh lawat http://www.publicgold.com.my/ untuk check harga. Harga emas ni berubah setiap jam.



4. Bila dah harga naik, cuba tengok harga belian. Kalau dah buat untung boleh jual balik. Senangkan. Tak payah harap orang tolong laburkan duit kita. Kita urus pelaburan kita sendiri.


5. Atau ada orang yang nak beli, boleh jual dengan harga jualan. Lagi untung sebab tak payah tunggu lama-lama.


6 Ok saya harap terjawab semua keraguan sahabat mengenai emas Public Gold ni. Bagi saya antara emas yang sempoi dan simple.


7. Anda boleh belajar banyak mengenai teknikal pelaburan dan simpanan emas ni dengan otai emas, saudara Shukor ( admin jutawanemas.com ). Sila layari web beliau www.jutawanemas.com


Read more...

Ahad, 18 Oktober 2009

KULIAH EMAS: APA YANG PATUT ANDA TAHU MENGENAI WANG KERTAS


1. Wang Fiat adalah wang kertas yang dihasilkan tanpa sandaran kepada emas, dan juga wang perakaunan seperti cek dan duit elektronik. Dengan sistem ini maka wujudlah “money creation“, di mana bank boleh memberikan pinjaman dengan jumlah yang berganda-ganda melebihi simpanan yang ada


2. Wang fiat tidak mempunyai nilai intrinsik. Kata Dr Rosli Yakub, Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, wang kertas yang kita pakai dibuat daripada kain buruk.
Wang fiat yang digunakan sekarang hanyalah bersandarkan kepada kepercayaan masyarakat dunia kepada ekonomi besar dunia seperti US, Switzerland, England dan sebagainya. Disebabkan wang fiat ini tidak bersandaran kepada "precious metal" seperti emas, maka ianya banyak terdedah kepada kelemahan seperti inflasi, "interest", krisis kredit yang melampau dan sebagainya.



3. Pada tahun 1944, adalah tarikh malang di dalam system ekonomi dunia apabila Perjanjian Bretton Woods di mana 44 buah Negara telah bersetuju untuk menyandarkan wang mereka kepada Dollar Amerika. Dan pada 1977, dollar Amerika tidak disandarkan kepada emas.
Dinar Emas adalah antara alternatif untuk kita menggantikan sistem wang kertas (wang fiat) yang banyak menjurus kepada riba. Idea penggunaan Dinar Emas pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebagai matawang antarabangsa bagi negara-negara Islam, bagi mengelakkan pergantungan kepada USD (Dollar Amerika) yang kerapkali tidak stabil dan menyebabkan krisis ekonomi. Namun idea ini terhenti begitu saja setelah beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri.



4.Kesimpulan
· Wang kertas yang kita gunakan seharian hanyalah sekeping kertas yang diberi nilai
· Wang kertas yang kita gunakan nilainya akan merosot pada masa akan dating disebabkan oleh inflasi
· Wang kertas yang kita gunakan tidak akan dapat menolong kita di masa depan
· Jalan terbaik untuk selamatkan duit kita ialah menukarkannya dengan emas.



So, tunggu apa lagi, simpan emas anda sekarang……

Read more...

Ahad, 11 Oktober 2009

KULIAH EMAS 2 : PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL

Apa khabar semua? Harap semua sihat. Sebab tanpa kesihatan apa yang mampu kit buat. Nak melabur emas pun kena sihat, tak gitu?

Baik kali ni kita sembang sikit peranan emas yang kedua. Apa yang emas boleh bagi keuntungan kepada kita.


1. Ini peranan emas yang kedua. Seperti yang saya terangkan di dalam posting sebelum ini ( PENGENALAN ) , wang kertas yang kita ada sekarang amat lemah untuk menyimpan nilai. Nilainya akan semakin susut dari tahun ke tahun. Nilai 10k sekarang akan jadi 4k sahaja 10 tahun dari sekarang. Kalau tak percaya cuba simpan tengok. Tapi jangan buat sebab memang pasti rugi.


2.Justeru apa bentuk simpanan yang akan mengekalkan harga simpanan kita? Atau kata lain yang kalis inflasi?

3. Ada beberapa bentuk simpanan yang kalis inflasi.
Hartanah. Tanah dan rumah adalah penyimpan nilai yang baik. Sebab harga rumah dan tanah tidak akan jatuh. Jika inflasi naik, harga hartanah juga naik. Cuma yang tak bestnya simpanan hartanah ni, modalnya terlalu besar dan kecairannya rendah. Tak semua daripada kita, saya dan anda mampu untuk memilikinya. Kalau anda hartawan tak mengapa. Satu lagi, kalau kita nak jual hartanah ni pun ambik masa, silap-silap tak dak sapa beli, lagi teruk.


4. Tapi kalau emas, semua orang mampu. Harga satu dinat emas sekitar RM 480 sekarang. Saya amat yakin majority daripada kita mampu memilikinya. Dan yang lebih penting, kalau kita nak pakai duit, anytime boleh jual atau gadai. Bestkan.

5. Baik saya amat yakin anda ada wang simpanan. Ada yang letak dalam ASB, Tabung haji dan lain-lain. Duit tu mesti datang dari usaha titik peluh kita yang kuat bekerja. Tapi sedarkah kita bahawa duit simpanan kita, katakan 10K, kalau 10 tahun dari sekarang, agak-agak berapa nilainya? Jangan terkejut kalau nilainya dah jadi 5K saja. Sebab apa? Inflasi dah makan nilai duit kita.

6. Sebab tu harga sepinggan mee zaman datuk saya hanya 10 sen, sekarang dah jadi RM 3.

7. Tapi kalau kita buat simpanan dalam bentuk emas, bayangkan kalau datuk kita ada simpanan emas 10k. Selepas 10 tahun, agak-agaknya berapa nilainya? Dah jadi harta karun dah.

8. Sebab tu emas adalah penyimpan nilai yang unggul. Simpanlah emas kalau kita nak lindungi kekayaan yag kita kumpul. Semestinya tak akan rugi. Anak cucu kita pasti terkejut dan kagum dengan kita nanti.

Berjumpa lagi di lain posting , Insyallah

Read more...

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.