KULIAH EMAS 2 : PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL
Apa khabar semua? Harap semua sihat. Sebab tanpa kesihatan apa yang mampu kit buat. Nak melabur emas pun kena sihat, tak gitu?
Baik kali ni kita sembang sikit peranan emas yang kedua. Apa yang emas boleh bagi keuntungan kepada kita.
1. Ini peranan emas yang kedua. Seperti yang saya terangkan di dalam posting sebelum ini ( PENGENALAN ) , wang kertas yang kita ada sekarang amat lemah untuk menyimpan nilai. Nilainya akan semakin susut dari tahun ke tahun. Nilai 10k sekarang akan jadi 4k sahaja 10 tahun dari sekarang. Kalau tak percaya cuba simpan tengok. Tapi jangan buat sebab memang pasti rugi.
2.Justeru apa bentuk simpanan yang akan mengekalkan harga simpanan kita? Atau kata lain yang kalis inflasi?
3. Ada beberapa bentuk simpanan yang kalis inflasi.
Hartanah. Tanah dan rumah adalah penyimpan nilai yang baik. Sebab harga rumah dan tanah tidak akan jatuh. Jika inflasi naik, harga hartanah juga naik. Cuma yang tak bestnya simpanan hartanah ni, modalnya terlalu besar dan kecairannya rendah. Tak semua daripada kita, saya dan anda mampu untuk memilikinya. Kalau anda hartawan tak mengapa. Satu lagi, kalau kita nak jual hartanah ni pun ambik masa, silap-silap tak dak sapa beli, lagi teruk.
4. Tapi kalau emas, semua orang mampu. Harga satu dinat emas sekitar RM 480 sekarang. Saya amat yakin majority daripada kita mampu memilikinya. Dan yang lebih penting, kalau kita nak pakai duit, anytime boleh jual atau gadai. Bestkan.
5. Baik saya amat yakin anda ada wang simpanan. Ada yang letak dalam ASB, Tabung haji dan lain-lain. Duit tu mesti datang dari usaha titik peluh kita yang kuat bekerja. Tapi sedarkah kita bahawa duit simpanan kita, katakan 10K, kalau 10 tahun dari sekarang, agak-agak berapa nilainya? Jangan terkejut kalau nilainya dah jadi 5K saja. Sebab apa? Inflasi dah makan nilai duit kita.
6. Sebab tu harga sepinggan mee zaman datuk saya hanya 10 sen, sekarang dah jadi RM 3.
7. Tapi kalau kita buat simpanan dalam bentuk emas, bayangkan kalau datuk kita ada simpanan emas 10k. Selepas 10 tahun, agak-agaknya berapa nilainya? Dah jadi harta karun dah.
8. Sebab tu emas adalah penyimpan nilai yang unggul. Simpanlah emas kalau kita nak lindungi kekayaan yag kita kumpul. Semestinya tak akan rugi. Anak cucu kita pasti terkejut dan kagum dengan kita nanti.
Berjumpa lagi di lain posting , Insyallah
0 ulasan:
Catat Ulasan