SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Ahad, 18 Oktober 2009

KULIAH EMAS: APA YANG PATUT ANDA TAHU MENGENAI WANG KERTAS


1. Wang Fiat adalah wang kertas yang dihasilkan tanpa sandaran kepada emas, dan juga wang perakaunan seperti cek dan duit elektronik. Dengan sistem ini maka wujudlah “money creation“, di mana bank boleh memberikan pinjaman dengan jumlah yang berganda-ganda melebihi simpanan yang ada


2. Wang fiat tidak mempunyai nilai intrinsik. Kata Dr Rosli Yakub, Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, wang kertas yang kita pakai dibuat daripada kain buruk.
Wang fiat yang digunakan sekarang hanyalah bersandarkan kepada kepercayaan masyarakat dunia kepada ekonomi besar dunia seperti US, Switzerland, England dan sebagainya. Disebabkan wang fiat ini tidak bersandaran kepada "precious metal" seperti emas, maka ianya banyak terdedah kepada kelemahan seperti inflasi, "interest", krisis kredit yang melampau dan sebagainya.



3. Pada tahun 1944, adalah tarikh malang di dalam system ekonomi dunia apabila Perjanjian Bretton Woods di mana 44 buah Negara telah bersetuju untuk menyandarkan wang mereka kepada Dollar Amerika. Dan pada 1977, dollar Amerika tidak disandarkan kepada emas.
Dinar Emas adalah antara alternatif untuk kita menggantikan sistem wang kertas (wang fiat) yang banyak menjurus kepada riba. Idea penggunaan Dinar Emas pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebagai matawang antarabangsa bagi negara-negara Islam, bagi mengelakkan pergantungan kepada USD (Dollar Amerika) yang kerapkali tidak stabil dan menyebabkan krisis ekonomi. Namun idea ini terhenti begitu saja setelah beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri.



4.Kesimpulan
· Wang kertas yang kita gunakan seharian hanyalah sekeping kertas yang diberi nilai
· Wang kertas yang kita gunakan nilainya akan merosot pada masa akan dating disebabkan oleh inflasi
· Wang kertas yang kita gunakan tidak akan dapat menolong kita di masa depan
· Jalan terbaik untuk selamatkan duit kita ialah menukarkannya dengan emas.



So, tunggu apa lagi, simpan emas anda sekarang……

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.