KULIAH EMAS: Emas Adalah Pekerja Yg Setia
Salam semua sahabat emas,
Kalau anda semua baca buku mengenai Financial Planning ( Pengurusan Kewangan ) seperti Jutawan dari Planet Jupiter ( Azizi Ali ), Poor Dad Rich Dad. Atau anda baca buku motivasi untuk jana kewangan, kesimpulan yang saya boleh katakan semuanya menyuruh pembaca bina PASSIVE INCOME( Pendapatn Pasif ).
Passive Income ni mudah cakapnya, sumber pendapatan yang kita dapat tanpa peru bekerja. Pendapatan yang kita dapat daripada hasil titik peluh kita dipanggil ACTIVE INCOME seperti duit gaji bulan-bulan kita bagi yg makan gaji. Kalau kita tak bekerja maka duit pun tak dapat. Kalau tak berniaga, maka tak dak duit masuk.
Yang tak baik tentang Aktif Income ni, kalaulah kita ditimpa musibah, accident ka, kena strok ka, dan tak boleh bekerja( minta dijauhkan ). Maka pendapatan pun takda. Tu satu bencana besar dalam hidup. Bukan saja kepada diri bahkan kepada keluarga yg tersayang.
Sebab itu, ramai pakar Pengurusan Kewangan suruh kita bina kekuatan Passive Income. Apa mesin Passive Income ni? Contoh :
1. Fixed Deposit( Deposit tetap )- FD
Simpanan dalam FD ni kira selamat tapi kadar pulangan yang kita dapat dalam 2% je setahun. So kalau kita nak pendapatan RM 1000/sebulan = 12000/tahun. Kita perlu simpan RM 600 000 dalam fixed deposit untk dapat RM 12000/tahun. Persoalannya kita ada ka simpanan sebanyak tu? Ketuk kepala, tanya minda.
2. Beli hartanah
Dengan kita beli rumah dan sewakan dia, memang boleh buat duit pasif. Tiap-tiap bulan penyewa akan bayar duit kat kita. Walaupun dalam ekonomi turun atau naik, permintaan kat rumah ni tetap akan ada, sebab manusia perlu tempat perlindungan. So Tiap-tiap bulan kita dapat duit yg kita tak perlu kerja,penyewa yg bekerja utk kita.
Masalah dalam hartanah ni ialah modal. Modalnya besar. Nak bayar deposit pun kadang-kadang tak mampu. Sebab tu ramai yg tak beli rumah.
3. Saham
Ini pun satu lagi pilihan yg ada. Kita simpan dalam saham, saham amanah atau pun dalam syer market. Semua saham ni boleh buat duit kita bekerja utk kita. Tapi Harga saham amat bergantung kat prestasi ekonomi dunia. Kadang-kadang kita terpaksa tunggu jangkamasa yg lama, bertahun lamanya nak dapat untung.
4. Emas
Ya inilah alternatif yang ada dalam pasaran untuk buat duit pasif. Anda tak perlu bekerja tetapi emas yg akan bekerja untuk anda. Tetapi anda mesti menjadi bos kepada emas ni dulu, maknanya beli dan simpan emas.
Dengan menyimpan emas, harga emas sentiasa naik, so anda akan dapat duit walaupun anda tak bekerja. Lagi lama anda simpan, lagi bagus sebab harga emas akan lagi naik.
Satu yg menarik tentang emas ni, anda boleh mula dengan modal yg rendah. 1 dinar dalam RM 600. Kalau nak masuk Uni Trust minimum RM 1000.
Kesimpulannya, emas ni adalah pekerja yg baik dan setia kepada tuannya. Cuma kita saja yang tidak mahu jadi tuan kepada emas. Sayang seribu kali sayang.
So, seruan saya buat sekaliannya, rebutlah untuk menjadi TUAN kepada emas kerana emas adalah pekerja yang amat setia untuk memberi duit kepada anda. Hanya menunggu anda menjadi tuannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan