SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Selasa, 24 November 2009

KULIAH EMAS: Safe Deposit Box


Salam semua..

1.Saya sering ditanya oleh ramai orang mengenai kat mana nak simpan emas? Ikut hati nak beli, tapi takut kena rompak pulak.

2. Saya pernah tanya soalan yang sama kat En Shukor. Ini jawapannya: emas ni kecil saja, simpan je kat mana-mana yang selamat.

3. Betul jugak saya fikir. Kaum wanita sebelum ni yang pakai emas pun simpan kat rumah je. Kadang-kadang lagi banyak dan besar-besar emasnya.

4. Tapi jangan bimbang, kalau anda bercadang nak beli emas banyak-banyak, anda boleh simpan kat bank. So far yang saya tanya kat RHB bank Alor Setar.

5. Saya baru saja balik dari jumpa pegawai bank RHB AS.

6. Ini syaratnya :

i ) Anda kena buka saving akaun dengan RHB dulu. Kalau Islamic akaun deposit
RM 100 je. Tapi kalau konvensional RM 250.

ii) Pastu kena bayar deposit kunci deposit box sebanyak RM 150 ( refundable ).
Anda akan dapat 2 kunci.

iii) Anda juga perlu membayar sewa box tu sebanyak RM 140/setahun.

iv) Anda juga dikenakan yuran setem sebanyak RM 10 sahaja.

v ) Anda boleh guna satu nama atau dua nama untuk sewa box tu. Kalau dua
nama, perlu hadir dua-dua sekali semasa nak buka box.


PS : tidak ada nilai minimum emas untuk anda sewa safe deposit box ni. 1 Dinar pun
boleh

7. Saiz box pelbagai. Yang saya tanya kat RHB tadi, available yang kecik je,
2.5inc x 5 inc x 2 kaki( feet )( pegawai tu kata sepanjang satu tangan)


So , jangan pening-pening lagi. Tidak ada alasan anda tidak mahu menyimpan emas. Beli dan simpan. Biar emas anda berkhidmat untuk anda dengan menggandakan wang anda.

PS: Kalau anda berhajat nak sewa boleh contact saya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.