SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Sabtu, 21 November 2009

KULIAH EMAS : Nasihat kepada pesara dan bakal pesara

Salam...bagaimana hari anda. Diharap hidup hari ini anda lebih baik dari semalam. Itulah tanda orang yg berjaya

1.Baik di sini, saya nak kongsi pandangan saya dengan semua. Mengenai perancangan kewangan bagi bakal-bakal pesara atau yg dah bersara.

2. Ini memang terjadi pada ayah saya, yg sudah bersara. Biasalah bila kakitangan awam bersara dia akan dapat wang saguhati yg agak banyak. Biasanya ke mana mereka gunakan wang tersebut?

3.Apa yang terjadi pada ayah saya, beliau telah laburkan wang tersebut di dalam saham amanah. Semasa kecoh mengenai keuntungan saham amanah dalam akhir tahun 2007. Tetapi selepas itu ekonomi dunia merudum. Apa jadi kepada pelaburan itu?

4.Ya memang diketahui, saham amanah ni boleh buat untung, tapi mengambil masa, jangkamasa sederhana dan panjang ( dalam 5 tahun ke atas ). ( saya sendiri untung dalam 60% dalam 2 tahun ).

5.Dalam kes ayah saya tadi, sekarang ni pun pelaburannya masih lagi tak balik modal. Hampir 2K jugaklah rugi kalau jual sekarang.

6.Mungkin kalau disimpan lebih lama boleh dapat untung, tapi persoalannya bila? Sapa boleh jawab? Sedangkan umur makin meningkat.

7.Jadi saya berpandangan, pelaburan yang paling sesuai bagi para pesara ialah beli emas. Gunakan sebahagian daripada duit saguhati tu beli emas. InsyaALLAH tak rugi.

8.Kalau rasa nak pakai emas, boleh je ke pajak gadai. Kalau simpan pun , harga emas akan meningkat. Kalau dalam 2 tahun pun dah banyak dah peningkatannya. So, inilah pelaburan yang paling baik dan selamat bagi para pesara.

9.Bagi saham amanah, pelabur muda yg boleh simpan dalam 10 tahun ke atas adalah sesuai.

10.Jadi, jika anda ada ahli keluarga yg bakal bersara atau yg umurnya dah melebihi 50 tahun ke atas, saya nasihatkan, BELILAH EMAS. Jangan terpedaya dengan semua skim yg ada. Umur bersara, anda patut tenangkan fikiran, bukan serabutkan fikiran dengan menunggu bila harga saham akan naik....

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.