SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Jumaat, 27 November 2009

KULIAH EMAS: Faedah Melabur Di Dalam Jongkong Emas Public Gold


Salam semua...di sini saya hendak beritahu anda kenapa emas Public Gold adalah antara emas yang terbaik setakat ini, sebagai emas pelaburan.

1. Sebelum itu anda perlu tahu terlebih dahulu, sebagai pelaburan, jongkong emas adalah terbaik. Dibandingkan dengan dinar emas,buku akaun emas( Gold Investment Account, atau barang kemas( boleh baca artikel sebelum ini )

2. Persoalan kedua, apa pilihan jongkong emas yang ada dipasaran sekarang ? Antaranya Emas kijang( Bank negara ), Pamp suisse ( OCBC Bank ) dan Public Gold.

3. Seterusnya kenapa jongkong emas Public Gold adalah yang terbaik? Di sini saya beri pandangan saya:

i. Public Gold adalah syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas pelaburan. Dan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record. So syarikat ini memang legal dan sah di sisi undang-undang dan terbukti kualitinya.

ii. Public Gold mempunyai kemahiran dan keupayaan sendiri di dalam menghasilkan jongkong emas. Dari membeli emas, melebur emas, membentuk emas, menilai ketulenan emas, mengedar emas dan menjual emas. Dan mempunyai rangkaian diperingkat international di dalam industri emas. So syarikat memang kukuh. Tidak bergantung kepada pihak kedua untuk menghasilkan emas.

iii. Harga emas Public Gold ini mengikut harga emas dunia. Anda boleh check harga emas di kitco.com. Mereka tidak sembunyi atau main harga emas dunia.

iv. Beza harga jualan dan belian yang rendah. Hanya 5-6% sahaja. Ini adalah yang terendah di pasaran. Kalau kedai emas beza dalam 20-25%. Bayangkanlah!!! Kalau beli 10k, jual balik dapat dalam RM 7500 saja.

v. Kos pelaburan juga rendah kerana harga PG ini mengikut harga emas dunia. Tanpa kos tambahan seperti barang kemas, kos meningkat kerana upah pekerja yg tinggi.

vi. Syarat belian balik yang fleksibel dan tidak ketat. Kalau emas PG tu bengkok atau tercalar selagi tidak mengubah beratnya, PG akan membeli balik tanpa banyak soal. Kalau emas kijang tercalar sikit pun mereka tak beli balik, leceh. Jadi peace of mind beli emas PG ni.

SO, itulah sebabnya emas Public Gold ini adalah yg terbaik setakat ini. Tak perlu fikir panjang, beli saja emas Public Gold,InsyaALLAH tenang.

Jumpa lagi

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.