SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Sabtu, 28 November 2009

SEMBANG EMAS

Salam...sihat hendaknya.

Kali ni saya nak kongsikan satu pengalaman dengan anda.

Saya baru balik dari rumah emak saya, esok ada kenduri adik saya. Ramailah sedara jah dan dekat berkumpul.Macam-macam topik diperbualkan, dari hal famili sampailah hal kerja dan karier.

Dalam banyak-banyak perbualan tu,satu yang amat menarik perhatian saya. Apa lagi kalau bukan pasal emas.

Adalah sekumpulan kaum hawa yang berkumpul, tiba-tiba saja semuanya bersungut. Kata meeka harga emas sekarang tinggi sungguh. Satu "mayam" dah lebih RM 400. kalau dulu berapa puluh ringgit saja. Sebab tu la mereka kata belanja kahwin sekarang ni dah tinggi.

Saya pun terfikir, munkin harga hantaran kahwin ni mengikut harga emas . Kalau macam tu, kehadapan ni lagi, hampir pasti kerja kahwin akan terus meningkat kos.

Kesimpulannya, semua orang tahu harga emas kian meningkat, tetapi hanya bersungut saja. Mungkin mereka tidak tahu, kita boleh gunakan emas ni untuk kesenangan kita.

Kalaulah kita semua pakat-pakat simpan emas, sudah pasti kita ak bersungut lagi, bahkan akan tersenyum lebar bila harga meingkat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.