SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Selasa, 17 November 2009

KULIAH EMAS: Faktor Penentu Kenaikan dan Penurunan Harga Emas



Salam semua....macamana hari anda harini. Apatah lagi dalam musim hujan begini. Berhati-hatilah dan jaga kesihatan anda dan mereka yg tersayang.

Saya baru baca satu artikel mengenai emas ni, yang saya rasa baik untuk semua sahabat emas tahu. Dan saya ingin kongsikan bersama mengenai asas faktor yg menentukan kenaikan atau penurunan harga emas. Saya pun bukanlah dari background ekonomi, tetapi sepatutnya semua daripada kita kena ambik tahu asas-asas ekonomi ni. Kalau tak kita senang ditipu. Betul tak ?

1. Mula-mula saudara perlu tahu asas paling utama dalam dunia ekonomi ialah SUPPLY dan DEMAND.Apa-apa pun harga barang ditentukan oleh faktor ni. Kalau supply kurang demand tinggi maka harga akan melambung.

Contoh: Semasa bekalan gula kurang baru2 ni( low supply ), orang berebut-rebut nak beli gula( hing demand ), maka harga menjadi terlalu tinggi, sampai kerajaan terpaksa kawal.


2. Begitulah juga dengan emas ni, tapi ini melibatkan jualbeli peringkat antarabangsa. Tapi asasnya sama saja. Tak perlu pening kepala.


3. Apa faktor SUPPLY Emas? Jawapannya lombong emas la. Sekarang ni di seluruh dunia, lombong emas makin berkurangan. Baik di Afrika, China, Australia. Dan ada yg dah ditutup. So SUPPLY emas ni akan makin kurang setiap tahun.


4. Apa faktor DEMAND Emas?Jawapannya PELABURAN dan PRHIASAN.


5.Pelaburan- emas digunakan sebagai penyimpan nilai dalam pelaburan disebabkan oleh sifatnya yang anti-inflasi dan ada nilai intrinsik. Maknanya dalam keadaan krisis ekonomi, pelabur hilang keyakinan pada pasaran dunia dan kelemahan Dollar, maka mereka akan menyimpan duit dalam bentuk emas( SAFE HAVEN ). Itulah yang terjadi sekarang ni, Dollar US tengah jatuh.


6. Perhiasan - ini memang menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada emas. Terutamanya kaum hawa, tak boleh lpeas dari barang kemas.Tak gitu? India merupakan pengguna barng kemas terbesar dunia.Maknanya sampai kiamat demand emas ni akan ada selagi ada wanita.


7. Jadi, kalau kita fikir logik akal orang biasa macam kita ni, penghasilan emas baru dah makin kurang dari tahun ke tahun. Permintaan sentiasa ada ekonomi dunia tengah kacau dan tak ada siapa yg kata dunia ni makin aman. Populasi dunia makin bertambah dan faktanya wanita lebih banyak dari lelaki.


8. Fakta pun menunjukkan harga emas tidak pernah jatuh dalam jangka panjang.

So apa lagi,jadikan simpanan emas sebagai porfolio utama pelaburan anda.

Moga ada manfaat dalam posting ini......

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.