SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Isnin, 16 November 2009

KULIAH EMAS: Dinar Emas Public Gold VS Dinar Kelantan


Salam semua, harapnya semua dalam keadaan baik hendaknya.

1. Kali ini saya nak berkongsi maklumat mengenai dinar emas. Secara peribadi, saya mula kenal dan simpan emas ni bermula dengan Dinar Emas Kelantan.

2. Masa tu, mula-mula kerajaan Kelantan keluarkan Dinar Emas. Saya beli 1 dinar saja. Saja suka-suka simpan. Tak niat pun sebagai pelaburan, cuma sourvenir saja.

3. Yang saya nak kongsi dengan semua adalah spread @ beza harga jualan dan belian. Seingat saya, awal tahun ni beza harga Dinar Kelantan adalah yang terendah, dalam RM 20 sahaja untuk 1 dinar. (Contoh : Harga jualan RM 470, maka harga belian RM 450.)

4. Sebagai pelabur kita inginkan keuntungan, lagi cepat lagi baik. So saya ada kumpul 1 dinar Kelantan lepas tu.

5. Tetapi yang tak bestnya, sekarang ni, spread harganya dah meningkat kepada lebih kurang RM 50. ( Harga jualan RM470, maka harga belian RM 420 sahaja.

6. Dan harga jualan Dinar Kelantan ni pun dibawah harga pasaran dunia.

7. Kalau nak dibandingkan dengan Dinar Public Gold spread harga dalam RM30. So mana lebih cepat boleh untung? Mestilah emas PG kan!!!!

Kesimpulannya :
- Kalau anda nak buat pelaburan dengan dinar emas, Dinar Emas Public Gold lebih baik.

- Kalau anda nak buat simpanan emas untuk lindungi harta anda, mana-mana dinar emas pun takpa.

Sekian untuk kali ini.
Boleh layari untuk info dinar emas Kelantan www.dinarkel.com

1 ulasan:

Suziela 31 Disember 2009 pada 4:44 PG  

terima kasih berkongsi pengetahuan

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.