SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Isnin, 30 November 2009

RAHSIA EMAS PERCUMA DARI BARANGAN TERPAKAI, HEBAT. ,MESTI BACA


Salam semua...

Di sini, saya hendak kongsikan bersama, satu ilmu yang ada kaitan dengan emas. Mungkin anda semua tak tahu, di dalam alat elektronik yang kita pakai di rumah terdapat emas di dalam komponennya.

Ya saya pun tak tahu, sehinggalah terbongkar rahsia emas di dalam barangan terpakai di dalam sebuah ebook yang amat bermanfaat.

Kalau anda ingin dapatkan emas percuma, tak perlu keluar duit, dan memang berada di rumah anda, anda mesti dapatkan e-book ini. Cepat!!!! Sebelum terlepas peluang terhebat ini.

Sila klik di sini :

http://www.emaspercuma.com/index.php?ref=nazilnuhairi

Read more...

Sabtu, 28 November 2009

SEMBANG EMAS

Salam...sihat hendaknya.

Kali ni saya nak kongsikan satu pengalaman dengan anda.

Saya baru balik dari rumah emak saya, esok ada kenduri adik saya. Ramailah sedara jah dan dekat berkumpul.Macam-macam topik diperbualkan, dari hal famili sampailah hal kerja dan karier.

Dalam banyak-banyak perbualan tu,satu yang amat menarik perhatian saya. Apa lagi kalau bukan pasal emas.

Adalah sekumpulan kaum hawa yang berkumpul, tiba-tiba saja semuanya bersungut. Kata meeka harga emas sekarang tinggi sungguh. Satu "mayam" dah lebih RM 400. kalau dulu berapa puluh ringgit saja. Sebab tu la mereka kata belanja kahwin sekarang ni dah tinggi.

Saya pun terfikir, munkin harga hantaran kahwin ni mengikut harga emas . Kalau macam tu, kehadapan ni lagi, hampir pasti kerja kahwin akan terus meningkat kos.

Kesimpulannya, semua orang tahu harga emas kian meningkat, tetapi hanya bersungut saja. Mungkin mereka tidak tahu, kita boleh gunakan emas ni untuk kesenangan kita.

Kalaulah kita semua pakat-pakat simpan emas, sudah pasti kita ak bersungut lagi, bahkan akan tersenyum lebar bila harga meingkat.

Read more...

Jumaat, 27 November 2009

KULIAH EMAS: Faedah Melabur Di Dalam Jongkong Emas Public Gold


Salam semua...di sini saya hendak beritahu anda kenapa emas Public Gold adalah antara emas yang terbaik setakat ini, sebagai emas pelaburan.

1. Sebelum itu anda perlu tahu terlebih dahulu, sebagai pelaburan, jongkong emas adalah terbaik. Dibandingkan dengan dinar emas,buku akaun emas( Gold Investment Account, atau barang kemas( boleh baca artikel sebelum ini )

2. Persoalan kedua, apa pilihan jongkong emas yang ada dipasaran sekarang ? Antaranya Emas kijang( Bank negara ), Pamp suisse ( OCBC Bank ) dan Public Gold.

3. Seterusnya kenapa jongkong emas Public Gold adalah yang terbaik? Di sini saya beri pandangan saya:

i. Public Gold adalah syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas pelaburan. Dan telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record. So syarikat ini memang legal dan sah di sisi undang-undang dan terbukti kualitinya.

ii. Public Gold mempunyai kemahiran dan keupayaan sendiri di dalam menghasilkan jongkong emas. Dari membeli emas, melebur emas, membentuk emas, menilai ketulenan emas, mengedar emas dan menjual emas. Dan mempunyai rangkaian diperingkat international di dalam industri emas. So syarikat memang kukuh. Tidak bergantung kepada pihak kedua untuk menghasilkan emas.

iii. Harga emas Public Gold ini mengikut harga emas dunia. Anda boleh check harga emas di kitco.com. Mereka tidak sembunyi atau main harga emas dunia.

iv. Beza harga jualan dan belian yang rendah. Hanya 5-6% sahaja. Ini adalah yang terendah di pasaran. Kalau kedai emas beza dalam 20-25%. Bayangkanlah!!! Kalau beli 10k, jual balik dapat dalam RM 7500 saja.

v. Kos pelaburan juga rendah kerana harga PG ini mengikut harga emas dunia. Tanpa kos tambahan seperti barang kemas, kos meningkat kerana upah pekerja yg tinggi.

vi. Syarat belian balik yang fleksibel dan tidak ketat. Kalau emas PG tu bengkok atau tercalar selagi tidak mengubah beratnya, PG akan membeli balik tanpa banyak soal. Kalau emas kijang tercalar sikit pun mereka tak beli balik, leceh. Jadi peace of mind beli emas PG ni.

SO, itulah sebabnya emas Public Gold ini adalah yg terbaik setakat ini. Tak perlu fikir panjang, beli saja emas Public Gold,InsyaALLAH tenang.

Jumpa lagi

Read more...

KULIAH EMAS: Kenapa anda perlu simpan emas?


Salam semua. Bagaimana raya Aidil Adha anda? Dah buat korban? Apa pun ikhlaskan niat, sucikan hati.

Kali ini saya nak terangkan sekali lagi mengenai kenapa saya dan anda perlu menyimpan emas? Mungkin saya dah terang sikit masa pengenalan dulu. Tak salahkan kalau kita terus mengulangi beda yg baik.

1. Mudah cakap, dengan menyimpan emas ni, kita dapat 3 faedah dalam 1 masa. ( 3 dalam 1 ).- macam kopi plak..:)

i - Sebagai simpanan
ii - Sebagai pelaburan
iii - Sebagai insuran

2. Sebelum tu saya nak tanya semua, anda ada buat simpanan? Tak kiralah kat mana anda simpan.Kat bank, tabung haji , bawah bantal, atau kat mana saja. Ada tak? bagusssss...kalau jawab ada. Kalau takda, then anda perlu simpan segera, anda dalam bahaya.

3. Soalan kedua, Anda ada tak buat pelaburan? Kat ASB, unit amanah, koperasi, share market, skim cepat kaya, share partner dalam bisnes? Ada tak? Dah buat untung ke? kalau dah buat banyak mana? Satu lagi nak tanya, jangan marah ya, pernah tak anda dah rugi dalam pelaburan anda? Ada? Sabarrrrr....Serik? Sabarrrr....

4. Soalan ketiga, ada tak anda ambik insuran, Takaful atau apa ajelah? Ada? Bagus sebab insuran ni amat penting semasa kita ditimpa musibah.

5. Kalau anda dah buat ketiga-tiga perkara diatas, tahniah saya ucapkan. Anda dilandasan yg tepat dalam perancangan kewangan anda.Dan saya boleh beranggapan anda dah ada ilmu asas perancangan kewangan peribadi anda.

6.Baik, sekarang apa yg saya nak tanya saudara semua, mahu tak kalau saya nak bagitau anda satu rahsia, bagaimana anda dapat melindungi nilai wang simpanan anda, menggandakan wang simpanan anda( sehingga 25 % setahun ) dan menyelamatkan anda apabila anda terdesak? Yang lebih penting, tanpa risiko. YA tanpa risiko. YA!!!! Saya tahu ana menjawab YAAAAA!!!

7. Baik, sekarang dengar baik-baik rahsia ni. Rahsianya ialah denga menyimpan sebahagian wang simpanan anda dalam bentuk emas.

8. Emas akan melindungi nilai wang anda. Wang 10 ribu yang anda simpan sekarang, selepas sepuluh tahun akn jatuh nilainya dimakan inflasi. Tapi kalau anda simpan 10k emas, selepas sepuluh tahun, nilainya tetap 10k, bahkan lebih lagi.

9. Harga emas juga tidak pernah jatuh dari dulu. Fakta menarik tentang harga emas ni, dari tahun 2000 sehingga 2008, kenaikan harga emas sebanyak 247%( 27% setahun purata ). Ini semestinya adalah pelaburan yang amat menguntungkan, dan yang lebih penting bebas risiko.

10. Simpanan emas ni juga adalah sebagai insuran. Semasa kita ditimpa musibah, kita perlukan kewangan segera untuk menghadapi musibh. Kalau anda ada emas, anda boleh cairkan dengan mudah. Kalau rumah terbakar, emas tak rosak. Boleh selamatkan anda semasa terdesak.

So, itulah sebab utama anda perlu menyimpan sebahagian wang simpanan anda dalam bentuk emas. Yakinlah tidak rugi.

Read more...

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


Salam sahabat semua....

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Moga-moga kita semua akan terus berkorban untuk mendaulatkan Islam .

Dan jangan lupa untuk terus menyimpan emas sebagai satu usaha kita mencapai kebebasan kewangan.

Ini kerana " Orang yang memberi adalah lebih baik daripada orang yang menerima "Bersama kita menyampaikan ilmu simpanan emas ini kepada semua, sebagai satu ibadah untuk membantu sesama kita mempeolehi keuntungan daripada anugerah emas ini.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Read more...

Selasa, 24 November 2009

KULIAH EMAS: Safe Deposit Box


Salam semua..

1.Saya sering ditanya oleh ramai orang mengenai kat mana nak simpan emas? Ikut hati nak beli, tapi takut kena rompak pulak.

2. Saya pernah tanya soalan yang sama kat En Shukor. Ini jawapannya: emas ni kecil saja, simpan je kat mana-mana yang selamat.

3. Betul jugak saya fikir. Kaum wanita sebelum ni yang pakai emas pun simpan kat rumah je. Kadang-kadang lagi banyak dan besar-besar emasnya.

4. Tapi jangan bimbang, kalau anda bercadang nak beli emas banyak-banyak, anda boleh simpan kat bank. So far yang saya tanya kat RHB bank Alor Setar.

5. Saya baru saja balik dari jumpa pegawai bank RHB AS.

6. Ini syaratnya :

i ) Anda kena buka saving akaun dengan RHB dulu. Kalau Islamic akaun deposit
RM 100 je. Tapi kalau konvensional RM 250.

ii) Pastu kena bayar deposit kunci deposit box sebanyak RM 150 ( refundable ).
Anda akan dapat 2 kunci.

iii) Anda juga perlu membayar sewa box tu sebanyak RM 140/setahun.

iv) Anda juga dikenakan yuran setem sebanyak RM 10 sahaja.

v ) Anda boleh guna satu nama atau dua nama untuk sewa box tu. Kalau dua
nama, perlu hadir dua-dua sekali semasa nak buka box.


PS : tidak ada nilai minimum emas untuk anda sewa safe deposit box ni. 1 Dinar pun
boleh

7. Saiz box pelbagai. Yang saya tanya kat RHB tadi, available yang kecik je,
2.5inc x 5 inc x 2 kaki( feet )( pegawai tu kata sepanjang satu tangan)


So , jangan pening-pening lagi. Tidak ada alasan anda tidak mahu menyimpan emas. Beli dan simpan. Biar emas anda berkhidmat untuk anda dengan menggandakan wang anda.

PS: Kalau anda berhajat nak sewa boleh contact saya.

Read more...

MEMORI EMAS : Seminar Public Gold

Pada 21 November 2009, satu seminar Public Gold telah berjaya diadakan di Hotel Grand Crystal. Saya hadir malam tu.
Kesimpulan nya

1. Pengisian yang baik kepada orang baru nak mula simpan emas.

2. Orang di Alor Setar ni masih jauh memahami kepentingan simpana emas ni. Memang yang hadir tu penuh kerusi, tapi amat sikit bilangannya.

Jadi kepada semua sahabat yang berada di Utara, dari Perlis sampai ke Penang khususnya, atau di mana-mana saja dalam Malaysia ni, boleh contact saya kalau nak mulakan simpanan emas. Saya offer diri saya on call 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Yang best juga sebab dapat jumpa saudara Shukor Hashim( otai emas



Dari kiri: Puan Jamilah, En Shukor, dan saya

Read more...

BERITA EMAS: PERHATIAN SEMUA!!!! MESTI BACA...Harga emas diramal cecah USD 1300/oz

Salam..

Ini berita yang amat penting kepada semua. Ramalan pakar ekonomi harga emas akan mencecah USD 1300/oz pada suku ke-4 taun 2010( maknanya akhir tahun depan ).
Sekarang pun harga emas dah cecah 1170/oz ( Nov 2009 )

( BERITA DARI YAHOO MALAYSIA )






GOLD TO RISE TO US$1,300 PER OUNCE BY Q4 '10

Bernama - Tuesday, November 24
KUALA LUMPUR, Nov 24 (Bernama) -- The investment case for gold has become increasingly compelling with the Central Bank of London buying and a structural change in interest for gold as an investment product among retail customers, according to the latest research from Standard Chartered in London.
"Although the upside will be capped by lower jewellery demand, the increased availability of scrap gold as prices surge to new highs and a periodic dollar strength in the first half of 2010, will see gold moving higher to average US$1,300/oz in Q4-2010 once the dollar resumes its weakening trend," said Helen Henton, global head of commodity research at Standard Chartered.
Gold has averaged US$955/oz so far this year.

ANDA BELUM SIMPAN EMAS? TOLONGLAH SIMPAN. INSYALLAH TAK RUGI. BANYAK SANGAT PETUNJUK MENUNJUKKN 2010 ADALAH TAHUN HARGA EMAS AKAN NAIK....

Read more...

BERITA EMAS: Harga emas cecah rekod tertinggi



Salam semua...harap everything is fine. Bagaimana pelaburan dan simpanan emas anda?Puas hati? Apa pun, anda tak pernah rugi simpan emas ni.

Di sini ada berita penting yg saya nak kongsi dengan semua.

1. Keratan berita Berita Harian 24 November 2009.

Harga emas telah mencecah rekod tertinggi apabila didagangkan pada harga USD 1170 semalam di London. Ini disebabkan kejatuhan nilai Dollar.

Sekarang ni banyak berita ekonomi yang suruh para pelabur beli emas sebagai simpanan.

So kepada semua, jangan berlengah lagi. Beli emas sekarang.

Read more...

Isnin, 23 November 2009

KULIAH EMAS: Emas Fizikal VS Akaun Gold Investment


Salam semua, harap semua makin faham mengenai pelaburan emas ni.
Saya ada dapat soalan daripada kawan, dia dalam dilema yang mana satu nak pilih, nak simpan emas fizikal atau nak buka akuan Gold Invesment?

Kalau soalan ini diajukan kepada anda, apa jawapan anda?

1. Untuk pengetahuan anda, Public Bank dan Maybank ada menyediakan akaun pelaburan emas( Gold Investment Account-GIA ).

2. GIA ni, mudahnya, pelaburan yang bersandarkan kepada HARGA EMAS. Kita masuk duit, kita dapat buku akaun pelaburan, tak dapat emas fizikal.

3. Bila harga emas tinggi, kita pun dapat untung. Kita hanya tengok pergerakan harga emas sahaja.

4. Ini pendapat peribadi saya. Saya lebih prefer pelaburan emas fizikal kerana 2 sebab utama :

i) emas fizikal menepati kaedah syarak. Kita beli dapat barang. Kalau GIA
dapat buku pelaburan sahaja.

ii) emas fizikal ni kita boleh gadai bila perlu cash. GIA memang sah tak boleh
gadai. Pajak Gadai mana yang terima buku pelaburan? Tak gitu?

Oleh sebab itu, emas fizikal ni lebih baik daripada Akaun Pelaburan emas.

Setakat ini dulu...

Read more...

Ahad, 22 November 2009

BERITA EMAS: Harga emas main naik

Salam...

Pagi ni, bila saya check harga emas, terkejut besar. Harga emas terus melonjak.
Untuk 20 gram = RM2800, 1 dinar = RM 580. Harga dunia dah cecah USD 1160/oz.

Berita penting untuk semua, USD akan terus lemah sehingga 2012 dan mungkin akan buat ransangan ekonomi lagi. Hutang US dah hampir 3 trilion. Inflasi akan meningkat.

Mauritius juga akan beli emas negara mereka. Veneuzella dah beli emas. Banyak negara lagi bercadang utk beli emas.

So harga emas akan melonjak lagi dalam tahun 2010 ni. kalau saudara semua nak tau emas nak ke tak, cuba pergi tanya kedai emas, berapa harga sekarang? Atau cuba bawa barang kemas pergi tanya pajak gadai. Anda pasti terkejut dengan harganya.

Apa pun, cepat beli emas sebelum anda menyesal lagi.

Read more...

Sabtu, 21 November 2009

Gambar Jongkong Emas Public Gold





Salam semua...

mungkin daripada anda yang tak pernah tengok lagi rupa bentuk jongkong emas Public Gold. Inilah rupanya. Dapatkannya....

Read more...

TIPS EMAS: Ringkasan Bagaimana Nak Mula Melabur Emas

Salam semua...

Di sini saya nak bagi tips langkah-langkah mudah untuk mula nak buat pelaburan emas.

1. Cari ilmu
Ini amat penting sebab kita perlu faham mengenai pelaburan yg akan kita buat.
Boleh belajar dari blog atau web site.
Web cadangan : www.jutawanemas.com
www.mindamas.blogspot.com
Dan proses ni tak boleh berhenti. Kena terus belajar dan belajar.

Kata motivasi : " Pelaburan yg paling baik ialah ilmu pengetahuan "

2. Pantau harga emas
Anda boleh pantau herga emas dunia di website Public Gold. 24 jam sehari tanpa
henti.
Web : www.publicgold.com.my

Ini web wajib anda pergi. Anda cuba tengok harga emas harian.

3. Beli emas
Ini langkah mula yg perlu anda buat. " Tiada langkah mula tanpa langkah pertama"
Disamping anda terus belajar mengenai emas ni, anda mesti mulakan langkah
pertama. Beli dulu emas buat "IBU".Jangan tunggu terlalu lama. Nanti menyesal.
Dah ramai dah kenalan-kenalan saya yg tangguh-tangguh beli akhirnya semua
menyesal sebab tak beli awal.

4. Teruskan belajar
Belajar tidak boleh terhenti. Faham betul-betul apa itu emas.

5. Tambah lagi simpanan emas anda
Kalau anda ada modal, terus beli. Atau modal kecil, beli sikit-sikit.
Beli setiap bulan sejongkong emas/dinar emas.
Boleh beli emas dengan easy payment - 3 kali bayar.

Yang penting simpanan emas anda bertambah.

6. Simpan emas anda baik-baik2.

7. Tenangkan fikiran anda kerana harta anda InsyaALLAH selamat.

8. Kalau anda dah berpuashati dengan keuntungan yg dapat, boleh jual kembali kepada
agen atau Public Gold sendiri. Jaminan pembelian balik 100%

Kesimpulannya, anda akan rasa lebih tenang sebab anda yang menguruskan harta anda.
Semoga anda akan lebih selamat dan tenang.

Read more...

KULIAH EMAS : Nasihat kepada pesara dan bakal pesara

Salam...bagaimana hari anda. Diharap hidup hari ini anda lebih baik dari semalam. Itulah tanda orang yg berjaya

1.Baik di sini, saya nak kongsi pandangan saya dengan semua. Mengenai perancangan kewangan bagi bakal-bakal pesara atau yg dah bersara.

2. Ini memang terjadi pada ayah saya, yg sudah bersara. Biasalah bila kakitangan awam bersara dia akan dapat wang saguhati yg agak banyak. Biasanya ke mana mereka gunakan wang tersebut?

3.Apa yang terjadi pada ayah saya, beliau telah laburkan wang tersebut di dalam saham amanah. Semasa kecoh mengenai keuntungan saham amanah dalam akhir tahun 2007. Tetapi selepas itu ekonomi dunia merudum. Apa jadi kepada pelaburan itu?

4.Ya memang diketahui, saham amanah ni boleh buat untung, tapi mengambil masa, jangkamasa sederhana dan panjang ( dalam 5 tahun ke atas ). ( saya sendiri untung dalam 60% dalam 2 tahun ).

5.Dalam kes ayah saya tadi, sekarang ni pun pelaburannya masih lagi tak balik modal. Hampir 2K jugaklah rugi kalau jual sekarang.

6.Mungkin kalau disimpan lebih lama boleh dapat untung, tapi persoalannya bila? Sapa boleh jawab? Sedangkan umur makin meningkat.

7.Jadi saya berpandangan, pelaburan yang paling sesuai bagi para pesara ialah beli emas. Gunakan sebahagian daripada duit saguhati tu beli emas. InsyaALLAH tak rugi.

8.Kalau rasa nak pakai emas, boleh je ke pajak gadai. Kalau simpan pun , harga emas akan meningkat. Kalau dalam 2 tahun pun dah banyak dah peningkatannya. So, inilah pelaburan yang paling baik dan selamat bagi para pesara.

9.Bagi saham amanah, pelabur muda yg boleh simpan dalam 10 tahun ke atas adalah sesuai.

10.Jadi, jika anda ada ahli keluarga yg bakal bersara atau yg umurnya dah melebihi 50 tahun ke atas, saya nasihatkan, BELILAH EMAS. Jangan terpedaya dengan semua skim yg ada. Umur bersara, anda patut tenangkan fikiran, bukan serabutkan fikiran dengan menunggu bila harga saham akan naik....

Read more...

Jumaat, 20 November 2009

BERITA EMAS : RAMALAN HARGA EMAS BAGI TAHUN 2010


Salam semua sahabat emas. Harap semua dalam keadaan baik disamping insan tersayang.

Kali ni saya hendak berkongsi maklumat mengenai ramalan para penganalisis ekonomi berkaitan harga emas bagi tahun 2010.

1. Secara umumnya semua berpendapat harga emas akan terus naik bagi tahun 2010. ( Best dengar ). Ada yang kata sampai boleh mencecah 2000/oz.

2. Logiknya mudah. Sekarang ni US Dollar tengah jatuh. So semua bank negara-negara dunia tak mahu simpan aset dalam bentuk dollar. So antara pilihan utama ialah emas. Bank India dan China telah beli emas secara besar-besaran daripada IMF.

3. Negara-negara lain pun dijangka akan membuat perkara yg sama. Ini akan meningkatkan permintaan emas dunia.

4. Dan pada masa yang sama, pengeluaran emas dunia makin berkurangan dari tahun ke tahun.

5. Cuba tengok gambar diatas. Itu adalah graf pergerakan harga emas dunia bagi 2009.

Jadi, harapan bagi harga emas bagi 2010 amat cerah. Jangan tunggu lagi, rebut peluang ini cepat....

Read more...

SOALAN EMAS: Adakah emas yang digadai, dikenakan zakat?


Salam semua...

Saya ada menerima soalan daripada sahabat saya mengenai zakat emas.

Soalan : Adakah emas yg digadaikan dikenakan zakat?

Jawapannya : TIDAK. Emas yg digadaikan tidak perlu dizakat. Jika ditebus kembali, zakat hanya dikenakan selepas setahun dalam simpanan.Mudahnya, emas yg dikenakan zakat adalah emas yg berada di dalam simpanan kita.

Kadar emas yg dikenakan zakat : 1) Emas yg disimpan : 85 gram
2) Emas yg dipakai : 170 gram

Semoga bertamba ilmu kita bersama.

PS : Jangan lupa keluarkan zakat emas tau semua. Itu wajib

Read more...

Selasa, 17 November 2009

KULIAH EMAS: Faktor Penentu Kenaikan dan Penurunan Harga Emas



Salam semua....macamana hari anda harini. Apatah lagi dalam musim hujan begini. Berhati-hatilah dan jaga kesihatan anda dan mereka yg tersayang.

Saya baru baca satu artikel mengenai emas ni, yang saya rasa baik untuk semua sahabat emas tahu. Dan saya ingin kongsikan bersama mengenai asas faktor yg menentukan kenaikan atau penurunan harga emas. Saya pun bukanlah dari background ekonomi, tetapi sepatutnya semua daripada kita kena ambik tahu asas-asas ekonomi ni. Kalau tak kita senang ditipu. Betul tak ?

1. Mula-mula saudara perlu tahu asas paling utama dalam dunia ekonomi ialah SUPPLY dan DEMAND.Apa-apa pun harga barang ditentukan oleh faktor ni. Kalau supply kurang demand tinggi maka harga akan melambung.

Contoh: Semasa bekalan gula kurang baru2 ni( low supply ), orang berebut-rebut nak beli gula( hing demand ), maka harga menjadi terlalu tinggi, sampai kerajaan terpaksa kawal.


2. Begitulah juga dengan emas ni, tapi ini melibatkan jualbeli peringkat antarabangsa. Tapi asasnya sama saja. Tak perlu pening kepala.


3. Apa faktor SUPPLY Emas? Jawapannya lombong emas la. Sekarang ni di seluruh dunia, lombong emas makin berkurangan. Baik di Afrika, China, Australia. Dan ada yg dah ditutup. So SUPPLY emas ni akan makin kurang setiap tahun.


4. Apa faktor DEMAND Emas?Jawapannya PELABURAN dan PRHIASAN.


5.Pelaburan- emas digunakan sebagai penyimpan nilai dalam pelaburan disebabkan oleh sifatnya yang anti-inflasi dan ada nilai intrinsik. Maknanya dalam keadaan krisis ekonomi, pelabur hilang keyakinan pada pasaran dunia dan kelemahan Dollar, maka mereka akan menyimpan duit dalam bentuk emas( SAFE HAVEN ). Itulah yang terjadi sekarang ni, Dollar US tengah jatuh.


6. Perhiasan - ini memang menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada emas. Terutamanya kaum hawa, tak boleh lpeas dari barang kemas.Tak gitu? India merupakan pengguna barng kemas terbesar dunia.Maknanya sampai kiamat demand emas ni akan ada selagi ada wanita.


7. Jadi, kalau kita fikir logik akal orang biasa macam kita ni, penghasilan emas baru dah makin kurang dari tahun ke tahun. Permintaan sentiasa ada ekonomi dunia tengah kacau dan tak ada siapa yg kata dunia ni makin aman. Populasi dunia makin bertambah dan faktanya wanita lebih banyak dari lelaki.


8. Fakta pun menunjukkan harga emas tidak pernah jatuh dalam jangka panjang.

So apa lagi,jadikan simpanan emas sebagai porfolio utama pelaburan anda.

Moga ada manfaat dalam posting ini......

Read more...

Isnin, 16 November 2009

KULIAH EMAS: Dinar Emas Public Gold VS Dinar Kelantan


Salam semua, harapnya semua dalam keadaan baik hendaknya.

1. Kali ini saya nak berkongsi maklumat mengenai dinar emas. Secara peribadi, saya mula kenal dan simpan emas ni bermula dengan Dinar Emas Kelantan.

2. Masa tu, mula-mula kerajaan Kelantan keluarkan Dinar Emas. Saya beli 1 dinar saja. Saja suka-suka simpan. Tak niat pun sebagai pelaburan, cuma sourvenir saja.

3. Yang saya nak kongsi dengan semua adalah spread @ beza harga jualan dan belian. Seingat saya, awal tahun ni beza harga Dinar Kelantan adalah yang terendah, dalam RM 20 sahaja untuk 1 dinar. (Contoh : Harga jualan RM 470, maka harga belian RM 450.)

4. Sebagai pelabur kita inginkan keuntungan, lagi cepat lagi baik. So saya ada kumpul 1 dinar Kelantan lepas tu.

5. Tetapi yang tak bestnya, sekarang ni, spread harganya dah meningkat kepada lebih kurang RM 50. ( Harga jualan RM470, maka harga belian RM 420 sahaja.

6. Dan harga jualan Dinar Kelantan ni pun dibawah harga pasaran dunia.

7. Kalau nak dibandingkan dengan Dinar Public Gold spread harga dalam RM30. So mana lebih cepat boleh untung? Mestilah emas PG kan!!!!

Kesimpulannya :
- Kalau anda nak buat pelaburan dengan dinar emas, Dinar Emas Public Gold lebih baik.

- Kalau anda nak buat simpanan emas untuk lindungi harta anda, mana-mana dinar emas pun takpa.

Sekian untuk kali ini.
Boleh layari untuk info dinar emas Kelantan www.dinarkel.com

Read more...

PENGALAMAN EMAS: HARGA EMAS NAIK 18% DALAM 7 BULAN

Ini adalah pengalaman peribadi saya.

Saya mula-mula beli emas PG 20g = RM 2210 ( dlm April 2009 )
Sekarang PG 20g = RM 2722 ( 16 Nov 2009 )

So, kenaikan harga dari April - November( 7 bln ) = 2720 - 2210 = RM 510

Kenaikan harga dalam % = 510 /2720 x 100 = 18 %

Kalau anda beli emas sebanyak 10k pada April lalu, sekarang ni anda dah untung RM 1800. Banyak tu.

Kalau ada 100K, dah jadi 18K, hanya dalam masa 7 bulan.


Ini dah lebih 200% daripada keuntungan ASB..so anda masih ragu-ragu lagi untuk menyimpan emas?
Pasti untung, itu saja yg saya boleh katakan. Samada anda malas atau rajin...simpan emas pasti untung.


Jump lagi ya

Read more...

BERITA EMAS : SUBHANALLAH...TINGGINYA HARGA EMAS

Salam semua...
Khamis lepas saya balik ke kampung di Kelantan. Yang ak bestnya coverage internet kat sana problem. So tak dapatlah saya tengok harga emas.

So harini baru dapat check harga emas balik. Subhanallah, harga emas dah mencecah 1120/oz. Betullah ramalan sebelum ni, semua petunjuk menunjukkan harga emas akan terus naik tahun 2010. Dollar makin lemah.

So saya seru kepada semua...jom simpan emas. Jangan ragu-ragu.

Read more...

Isnin, 9 November 2009

BERITA EMAS : EMAS DIDAGANG HARGA TERTINGGI SEMALAM

Pagi tadi dalam perjalanan datang kerja, sempat dengar berita kat radioa sinar. Satu kenyataan pendek juruhebah bagitau, " Emas didagangkan dengan harga tertinggi semalam di pasaran London ekoran pelabur tidak mahu beli Dollar US sebab kejatuhan harga nya."

Kemudian saya check harga dah mencecah 1112/oz. Tinggi tu.

So, jangan tunggu lagi....cepat beli emas, cepat!!!!

Read more...

Ahad, 8 November 2009

ARTIKEL EMAS : PANDANGAN DR ANIS FARHAD MENGENAI TULISAN MATHIAS CHANG

PETIKAN TULISAN DR ANIS FARHAD ,mengenai tulisan Mr Mathias Chang di dalam bukunya Future Fast Forward :

The central bankers that control the gold supply will be better able to steer their countries through the second wave of the financial turmoil when confidence in the toilet paper US$ sinks to the very bottom and the dash to the safety of gold is in full flight. It will not be inconceivable for the price of gold to shoot up to US$ 3,000 or more per oz! And I AM BEING VERY CONSERVATIVE in this estimate.

Dia kata gold price will go up to US$3000/ounce. Sekarang harga pasaran is at US950/ounce.
Basically artikel ni kata malaysia tak cukup simpanan dalam bentuk emas. Dia kata:

1) Ekonomi dunia bukan semakin pulih seperti yang cuba digambarkan media.

2) Masalah ekonomi yang kita hadapi berbentuk huruf 'U', bukan huruf 'V', yang jatuh, sampai ke puncak terendah, dan terus naik balik semula. Ekonomi 'U' akan jatuh, mendatar untuk jangka masa yang panjang, sebelum pulih semula

3) Besar kemungkinan akan ada krisis berbentuk 'W'. Maknanya krisis demi krisis akan berlaku.

4) Bank negara2 di eropah lebih bersedia menghadapi krisis yang akan datang nanti, sebab reserve emas mereka tinggi.

5) Negara2 lain mempunyai reserve yang sangat tinggi dalam bentuk matawang US.

6) Matawang US akan tergelincir dengan teruknya, nilainya akan hilang. Jadi, negara2 yang mempunyai banyak reserve dalam matawang US akan mendapati nilai simpanan mereka melesap. Antara negara2 tu adalah MAlaysia.

7) Apabila gelombang kedua krisis ekonomi tiba, Malaysia akan terumbang ambing ditiup ribut ekonomi

Read more...

ARTIKEL EMAS: SIMPANAN EMAS DAN MASADEPAN EKONOMI DUNIA

Saya nak kongsi this good artikel dengan semua. Ini tulisan sahabat saya , Dr Anis Farhad, mengenai relevan and importance of keeping gold. Bagaimana dia mula-mula boleh start simpan emas ni.


“ aku became really convinced later on( simpan emas) lepas baca artikel Mathias Chang. Mamat ni ex political secretary mahathir dulu. dalam 2 tahun lepas aku pernah baca buku dia Future Fast Forward, dia cerita pasal a jewish conspiracy to bring the global economy to its knees. Mamat ni Christian, tapi dia memang percaya dengan kepercayaan yang kental yang kaum yahudi ni ada agenda yang licik to conquer the world.

THe destruction of the US economy tu one of their plans. Waktu dia tulis ni the US economy berada di puncaknya. Orang dok kata dia ni gila, tak betul. Tapi tup tup, tahun lepas, satu demi satu institusi kewangnan handalan dunia jatuh.


So bila apa yang dia ramalkan tu betul2 berlaku, aku pon started to pay attention to him. He's a very clever man, la. tu je cara aku boleh describe dia. So anyway, dia kata the future is very bleak. orang kata global economy will get better, tapi dia kata things will get worse..much much worse. He predicts darah akan megalir di major cities of the world. Massive riots akan berlaku, apabila ekonomi dunia terlampau teruk sehinggakan orang tidak mampu untuk beli makanan pun. Itu agenda yahudi. Global anarchy. Yang tinggal berkuasa hanya puak puak dia .

So dia pesan untuk guna apa cara sekalipun yang termampu untuk prepare ourselves and our families. Dia tak bagi apa apa pesanan secara detail macamana nak buat demikian. Cuma dalam satu short sentence that when things become bad...and it WILL become bad, what you will need at during time is gold. It will be the only thing of value.


So after that, aku cuba untuk save money to buy gold. Takde banyak pon. Tapi sikit lagi baik daripada takde langsung. Aku tak trade aku punya gold, like some people yang beli time rendah, dan jual time tinggi. Emas aku beli tu lebih kepada insurans kalau kalau apa Mathias Chang cakap tu jadi. mungkin juga apa dia kata tu terover atau terlebih lebih. Kita harap benda cam tu takkan berlaku. Tapi either way,berlaku atau tidak, duit yang lebih tu lebih selamat disimpan sebagai emas. If not for anything, then to make sure your money today akan maintain its value the next 10 years or more, dan tidak dimakan oleh inflasi. wallahua'lam

TULISAN DR ANIS FARHAD

Read more...

ARTIKEL EMAS: PANDANGAN TUN MAHATHIR TERHADAP USD

Ini adalah artikel yg saya rasa baik untuk renungan kita bersama. Tulisan Mantan Perdana Menteri, Tum Dr Mahathir, mengenai USD.


SOUND BITES - THE U.S DOLLAR

When I wrote on the need to change trading currency from the US Dollar to some other currency I was accused of being anti-West.


2. Since then there have been many articles on the need to use other currencies for trading and even for other purposes e.g. reserve currency.


3. Today the headline in the Star's foreign news reads, "US Dollar reaches breaking point - central banks flushed with record reserves are increasingly favouring the Euro and Yen" (read article here).


4. If I had been critical of the West, it was always for good reasons. They invented a lot of ways of making money for their rich investors without producing any goods or services or creating any jobs. Because of their subprime loans, hedge funds and derivatives, currency trading, etc. etc. they had undermined the real economy. Their bubble has now burst, spilling over the rest of the world. And Malaysia has been affected by their crisis for no good reason.


5. When in 1997 we asked the International Monetary Fund and the World Bank to stop currency trading, they laughed at us. Now they know that people whose knowledge of finance can be written on the back of a postage stamp are not so ignorant after all.


6. And when so many people urge that other currencies than the US Dollar be used for trade and reserves, they cannot all be anti-West. In fact these views are coming from the West.


7. Labelling ideas as anti-this and anti-that will get us nowhere. Call a spade a spade. Only then can you find solutions to problems.

Petikan daripada blog Che Det

Read more...

Sabtu, 7 November 2009

BERITA EMAS : Harga Emas dah cecah 1100/ounze

Seperti yg saya tulis sebelum ini harga emas alan naik sampai USD1100/ounze akhir tahun ini, tapi sekarang dah pun mencecah 1100/ounze. Ini kerana Bank India telah membeli 200 tan emas daripada IMF baru -baru ini selepas China .

Harga emas dijangka akan terus naik untuk 2010 terutamanya dalam bulan Februari akan datang. Ini disebabkan nilai US dollar akan makin lemah. Sekarang ni inflasi baru nak bermula di US.

So bagi pelabur-pelabur emas sekalian, kukuhkan simpanan anda. Bagi new comer gold investor, jangan berlengah lagi. mulakan simpanan anda sekarang.

Selamat Melabur Emas Semua.........

Read more...

KULIAH EMAS: SOALAN LAZIM

Salam semua sahabat emas. Diharap anda semua di dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lembayung Ilhai.

Saya ada menerima panggilan telefon daripada adik ipar saya kelmarin, mengatakan yang Public Gold masuk dalam rancangan Bijak Wang. Tahniah Public Gold!!.

Ini sekaligus dapat menarik minat dan membuka minda ramai dikalangan masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas ini.

Suka saya tekankan sekali lagi kepada semua sahabat-sahabat diluar sana, SIMPAN LAH EMAS !!! Kerana tidak ada satu porfolio pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan, di dalam waktu ekonomi naik mahupun turun, anda malas atau rajin, suka atau duka...yang pasti anda akan untung. Sungguh tak tipu punya....

Kali ini saya hendak kongsi dengan semua mengenai beberapa soalan lazim yg saya terima setiap kali orang hendak tahu mengenai pelaburan emas ini.

Soalan 1 : Pelaburan emas macamana eh?

Jawapan : Pelaburan emas ni simple dan straight forward. Trading biasa saja. Macam anda beli barang je. Anda bagi duit , lepas tu anda dapat emas. Simpan emas tu baik-baik.
Tak perlu komitmen bulanan macam insuran. Kalau ada duit beli, takde duit kumpul dulu sampai cukup dan beli.


Soalan 2 : Kat mana nak beli ?

Jawapan : Boleh beli kat outlet Public Gold, Bukit Jambul Penang @ Bandar Sunway. Ataupun beli daripada agen Public Gold, kat mana2 saja.


Soalan 3 : Berapa harganya ?

Jawapan : Harga emas Public Gold ni ikut harga emas dunia. Boleh layari website www. publicgold.com . Kat sana ada tertera harga semasa emas dunia. Tapi nak kena faham sikit maksud harga Jualan dan Belian. Harga Jualan= harga kita beli/harga jual daripada Public Gold. Harga Belian = harga kita jual balik kepada PG/ harga beli emas daripada PG.

Soalan 4 : Nak simpan kat mana?

Jawapan: Emas ni kecil je, so mudah disimpan kat mana2 tempat yg selamat. Saya rasa orang perempuan pandai bab ni sebab mereka selalu simpan barang kemas.
Atau boleh sewa peti simpana deposit daripada bank, kadar sewa RM146/setahun.

Soalan 5 : Bila nak jual?

Jawapan : Bila-bila masa. Bila harga emas naik, lebih daripada harga kita beli boleh jual . Kena rajin tengok harga emas .


Soalan 6 : Kat siapa nak jual?
Sesiapa yang berminat, boleh jual kat mereka. Kalau nak jual kat PG balik, tunggu sampai harga belian atas dari harga yang kita beli, pastu jual balik kat PG. Atau pun jual je balik kat agen PG yang nak beli.
PS : saya insyaAllah boleh beli bila2 masa. Sila contact 019-9322542

Sekat ini dulu, moga dengan penjelasan ni, anda dapat sikit ilmu mengenai pelaburan emas ni.
So jangan berlengah lagi, beli emas sekarang!!! InsyaAllah hidup anda bahagia.

Read more...

Isnin, 2 November 2009

BERITA EMAS

Salam semua...

1. Untuk pengetahuan semua harga emas akan BULL kali ke kedua selepas agak turun sikit beberapa minggu lalu.


2. Dijangka akan mencecah USD 1100/ounze ( sekarang 1050-1060 )

3. So jangan lengah lagi...beli emas sekarang

Read more...

SEMINAR EMAS

Salam semua...

Disini ada pengumuman penting kepada penyimpan-penyimpan emas, pelabur @ bakal pelabur emas.

1. Satu seminar percuma berkenaan pelaburan emas akan julung-julung kali diadakan di Alor Setar Kedah.

2. Butiran adala seperti berikut :

Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Hotel Grand Crystal, Alor Setar
Masa : 8 MLM

3. Jadi kepada semua, boleh SMS Nama, dan IC kepada saya ( 013-9322542 )segera untuk tempahan kerusi.

4. Jumpa disana ya....

Read more...

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.