SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Rabu, 7 Oktober 2009

SALAM EMAS: SALAM PENGENALAN


Sahabat-sahabat sekalian. Salam perkenalan, SALAM EMAS kepada semua.....

1. Sebelum ini saya hanya tahu emas ni hanya untuk orang perempuan. Perempuan dan emas macam isi dengan kuku, tak boleh dipisahkan. Dan saya yakin kebanyakan orang ( mungkin juga anda ..:) ) pun berfikiran begitu.


2.Tetapi semuanya berubah apabila saya mula mengkaji tentang emas apabila ekonomi dunia sedang merudum awal tahun ini. Saya bagaikan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi? Sehinggakan bank-bank,syarikat gergasi dunia pun boleh gulung tikar, pekerja banyak kena buang kerja dan ramai yang jatuh terjelepuk sebab saham-saham jatuh merudum.


3.Kaji punya kaji, barulah saya faham, rupanya ekonomi dunia ni amat rapuh. Semuanya menggunakan duit kertas, ya duit kertas yang kita guna hari-hari untuk membeli. Anda tahu taka apa sebenarnya duit kertas tu? atau kita panggil wang fiat. Tu hanya kertas kosong yang dicap nombor atas nya. Tak dak apa makna sebenarnya. Nilai duit tu sebenarnya hanya diberi oleh bank Negara. Contohnya duit Jepun( pokok pisang) zaman penjajahan Jepun dulu, harini dah tak laku. Sebab apa? Sebabnya bank Negara dah tak iktiraf sebagai duit . Jadi barang koleksi saja.


4.Tapi cuba anda bayangkan , kalau duit jepun tu disimpan dalam bentuk emas pada zaman jepun dulu. Agak-agak berapa harganya emas itu sekarang. Kalau 50 tahun dulu nenek kita simpan emas harga 10 000. Sekarang ni agak-agak berapa ya nilainya? Harta karun dah namanya.


5.Satu lagi, duit kertas ni nilai dia akan makin susut pada masa hadapan. Percaya tak anda, katakana anda ada simpanan RM 10 000 dalam wang kertas sekarang. Anda simpan baik-baik. 10 tahun lagi, anda keluarkan wang simpanan tersebut. Agak anda, berapa nilainya pada masa itu? Makin naik atau turun? Baik saya akan bagi jawapannya, jawapannya TURUN !!!! Nilainya bukan lagi 10 000, tetapi dah jadi RM 4000 sahaja. Kalau sekarang RM10k boleh beli motor 2 biji, tetapi 10 tahun lagi, sebiji motor pun tak lepas. Kenapa?


6.Ini kerana nilai wang kertas dah dimakan oleh inflasi. Tak payahlah saya terangkan apa itu inflasi. Tapi cukup untuk anda tahu, nilai wang anda akan merosot. Anda suka atau tidak? Tak perlu bagiatu sebab saya dah tahu jawapan anda.


7.Jadi apa yang harus anda lakukan? Di mana anda patut simpan wang anda. Di mana anda patut laburkan wang anda? Apa bentuk pelaburan dan simpanan yang paling selamat dan menguntungkan anda?


8.Ya, itulah yang saya mahu kongsikan dengan anda semua. Ilmu ni tak baik kalau disimpan sorang-sorang, betul tak? Jadi saya akan bongkarkan Rahsia Emas: buat duit dengan simpanan emas kepada anda.


9.Tujuan utama saya buat semua ni ialah nak wujudkan satu komuniti emas. Maksudnya nak kumpulkan seberapa ramai orang yang berminat, nak baru belajar atau nak kongsi ilmu tentang emas dalam satu ikatan, khususnya di sebelah utara, dari Perlis sehingga ke Penang. Kalau dah besar komuniti ni macam –macam yang kita boleh buat program, Insyallah. Jadi, JOM ajak kawan-kawan dan saudara mara semua untuk joint MINDA EMAS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.