PENGALAMAN EMAS
Salam semua...macamana hari anda? Harap semuanya berjalan lancar. Hidup ni macam roda. Kadang-kadang dok bawah, kadang dok atas. Hidup ni adalah ujian/
Posting kali ni, saya nak kongsi sikit pengalaman saya terjebak di dalam simpanan emas ni.
1. Semuanya bermula semasa surf internet masa buat locum. Tak dak patient, so saya dok buka web dengan kata " jutawan ". Tup-tup keluar list jutawanemas.com. Macam menarik, so saya pun surf.
2. Baca punya baca, dapatlah gambaran sedikit sebanyak tentang emas ni. Tanpa berlengah saya pun beli emas yg pertama, jongkong emas Public Gold 20 gram dari ustaz Rafidi. Masa tu ( April 2009 ) harganya dalam RM 2211.
3. bermula dari situ saya terus baca dan kaji emas ni. Sampailah satu peringkat saya msg otai emas, Encik Syukur, tanya macamana nak jadi dealer Public Gold . Terus dia call balik.
4. So atas pertolongan encik Syukur saya beli emas PG dalam RM 32 000. dan jadi dealer. Masa tu rasa macam bermimpi je. Yalah tak pernah bermimpi nak simpan emas fizikal, macam harta karun je. Anda cubalah beli dan simpan emas fizikal ni, dan rasakan sendiri perasaan tu. Memang bestlah.
5. Malangnya, sehari selepas saya beli emas, saya ditimpa kemalangan. Kereta yang dipandu isteri terbababas dan saya patah 3 kerat tangan kanan. So rehat panjang. Saya pun dah tak sempat nak tengak emas ni.
6. Nak dijadikan rezeki, selepas 2 bulan rehat, tiba-tiba saya dapt panggilan demi panggilan nak beli emas ni. So bermula dari situlah saya belajar sikit-sikit untuk jual beli emas ni. Niat kita untuk bantu sesama kita supaya peluang ini kita rebut di dalam kita buat simpanan harta kita.
7. Rupanya simpanan emas ni, memang menjadi tempat para pelabur dunia beli. Sebab mereka tau emas ni boleh buat duit. Cuma kita je yg tak tau sebab tak de sapa yg nak ajar kita. ( Kesian kita kan? )
8. So, apalagi...teruskan pembelajaran anda semua mengenai emas ni. Simpan emas sikit2 dari sekarang. InsyaAllah berkat dan untung.
Jumpa lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan