SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Sabtu, 10 Oktober 2009

KULIAH EMAS 1 : PELABURAN EMAS , KEUNTUNGAN YANG PASTI

Salam semua...

1. Baik ni peranan emas yang pertama, sebagai intrumen pelaburan yang stabil dan keuntungan yang pasti. Sebab apa saya kata begitu? Sebelum tu saya nak tanya anda, anda ada buat pelaburan sekarang? Sekarang ni banyak plihan buat pelaburan.



>2. ASB yang paling popular dikalangan bumiputera. Keuntungannya boleh tahan dalam 9-10% setahun.



>3. Koperasi juga boleh tahan keuntungannya, Bank Rakyat ( asal koperasi) 15% setahun tapi dah penuh kuota. KOWAHIDA bawah HPA 14% setahun. Bank persatuan 10% setahun.( ni yang saya tahu jelah)



>4. Unit amanah. Juga satu bentuk pelaburan yang boleh buat untung. Tapi keuntungannya berdasarkan prestasi ekonomi semasa Negara dan dunia. Kalau masa saham naik, memang best, saya sendiri buat untung hamper 60% dalam 2 tahun. Tapi harganya sekarang, pening kepala. Kalau ada sapa2 yang labur dalam Public China Ittikal harga jatuh merudum. Dari RM o.25 kepada RM 0.15 pada satu ketika.



>5. Skim cepat kaya. Ya inilah yang ramai jugak terlibat dan rugi ntah berapa juta dah. Tapi orang kita tak serik-serik. Pak man telo la, swiss cash la, euro la.. dan macam-macam lagi. Alhamdulillah saya tak pernah terlibat, hamper-hampir terlibat je.



>6. Itu hanya sebahagian yang saya tahu, mungkin anda ada lagi alternatif lain dan ada pengalaman sendiri.




7. Tetapi selepas saya tahu mengenai simpanan emas ni, saya rasa tidak ada pelaburan yang paling baik melainkan pelaburan emas.



>8. Baik apabila kita melabur apa yang kita inginkan? Mestilah UNTUNG. Keuntungan daripada kenaikan harga modal( capital ) dan agihan( dividen ) . Harga saham amat tidak menentu. Kadang-kadang naik dan turun, dan juga berisiko. Sebab tu semua unit amanah dan pengurus dana/koperasi tidak berani memberi sebarang jaminan keuntungan. Di tambah pula kita kena bayar upah pengurusan kepada mereka.



>9. Baik, sekarang saya nak tanya anda, anda pernah dengar harga emas jatuh dari tahun ke setahun? Soalan ni kena tanya orang perempuan baru sesuai? Cuba Tanya isteri anda atau emak anda atau saudara perempuan anda?



>10. Fakta harga emas dunia menunjukkan harga emas dalam jangkamasa 8 tahun telah meningkat sebnyak 246%. Ini fakta. Kalau anda simpan 10k, selepas lapan tahun duit dah jadi hamper 40K. Dan harga emas tidak pernah susut. Ini satu jaminan kewangan yang amat HEBAT!



>11. Saya tidak kata semua pelaburan di atas tidak baik, sebab saya pun melabur jugak. Tetapi dalam hukum pelaburan , kita kena pelbagaikan bentuk pelaburan kita. Don’t put all eggs in one basket.Jadikan simpanan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan penting anda.



>12. So apa tunggu lagi, JOM simpan dan melabur dalam emas sekarang juga.


0 ulasan:

Catat Ulasan

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.