BERITA EMAS: CEPAT SIMPAN EMAS, US DOLLAR MAKIN LEMAH
Salam semua..
Posting kali ni saya nak kongsi maklumat yang amat penting dengan saudara semua. Saya baru baca satu artikel kat web Public Gold, amat menarik mengenai ekonomi dunia harini dan masadepannya.
1. Sebelum tu, saudara kena faham dulu kaitan emas dan US Dollar. Mudahnya pergerakan harga emas adalah songsang dengan harga US Dollar. Kalau Dollar naik, harga emas turun, tapi kalau Dollar turun harga emas akan naik.
2. Sebab apa jadi demikian? Mudah fahamnya, apabila harga Dollar turun, inflasi akan naik. Jadi paa pelabur akan simpan duit di dalam porfolio yang kalis inflasi, antara yang jadi pilihan utamaialah emas. Sebab emas ni kalis inflasi, harga tak jatuh, tapi makin naik ada la.
3. So, di dalam artikel tu sebut, sekarang ni Dollar Amerika tengah jatuh dan dijangka akan terus jatuh pada 2010 nanti. Deficit negara uncle Sam ni dah mencecah 1.5 trilion. ( Banyak tu)
4. Dan ekonomi Amerika dan nilai Dollar Amerika ni bergantung sangat pada belian daripada China dan Jepun. Kalau China tak mahu berdagang dalam Us Dollar maka akan teruk lagi dollar ni. Sekarang pun China ada ura-ura tak mau pakai USD dalam perdaganagnnya.
5. Baru-baru ni China dah beli emas fizikal degan banyaknya dan lombong emas di China tidak jual kepada negara luar. Negara China menggalakkan rakyat dia simpan emas.
6. Sekarang ni India , pejabat pos pun jual syiling emas.
7. Mungkin ramai antara kita yang tak begitu faham tentang pentingnya simpan emas ni sekarang ni. Ambik masa sikit untuk memahami tentang ekonomi dunia ni. Tapi percayalah, siapa yang simpan emas sekarang akan terjamin hartanya dan pelaburannya.
8. Buktinya, apa yang berlaku kepada saya sendiri, saya pun baru sahaja dapat kesedaran ni dalam bulan April 2009( baru 6 bulan ). Emas yang pertama saya beli pun dalam bulan April. ( Nanti saya akan kongsi sejarah emas saya...tungguuu),. Yang saya nak kongsikan adalah keuntungan daripada tolong orang untuk simpan emas ni dah dapat lebih kurang RM 2000 disebabkan kenaikan harga emas.
9. Nak bagitaunya, harga emas akan naik lagi. Setakat sekarang ni dah mencecah 1060 -1070 /ounze.
10. So, jangan berlengah lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang. Ya sekarang jugak. Saya amat yakin dengan masadepan emas. Amat GEMILANG, INSYALLAH!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan