SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Sabtu, 31 Oktober 2009

PENGALAMAN EMAS

Salam semua...macamana hari anda? Harap semuanya berjalan lancar. Hidup ni macam roda. Kadang-kadang dok bawah, kadang dok atas. Hidup ni adalah ujian/

Posting kali ni, saya nak kongsi sikit pengalaman saya terjebak di dalam simpanan emas ni.


1. Semuanya bermula semasa surf internet masa buat locum. Tak dak patient, so saya dok buka web dengan kata " jutawan ". Tup-tup keluar list jutawanemas.com. Macam menarik, so saya pun surf.



2. Baca punya baca, dapatlah gambaran sedikit sebanyak tentang emas ni. Tanpa berlengah saya pun beli emas yg pertama, jongkong emas Public Gold 20 gram dari ustaz Rafidi. Masa tu ( April 2009 ) harganya dalam RM 2211.



3. bermula dari situ saya terus baca dan kaji emas ni. Sampailah satu peringkat saya msg otai emas, Encik Syukur, tanya macamana nak jadi dealer Public Gold . Terus dia call balik.



4. So atas pertolongan encik Syukur saya beli emas PG dalam RM 32 000. dan jadi dealer. Masa tu rasa macam bermimpi je. Yalah tak pernah bermimpi nak simpan emas fizikal, macam harta karun je. Anda cubalah beli dan simpan emas fizikal ni, dan rasakan sendiri perasaan tu. Memang bestlah.


5. Malangnya, sehari selepas saya beli emas, saya ditimpa kemalangan. Kereta yang dipandu isteri terbababas dan saya patah 3 kerat tangan kanan. So rehat panjang. Saya pun dah tak sempat nak tengak emas ni.


6. Nak dijadikan rezeki, selepas 2 bulan rehat, tiba-tiba saya dapt panggilan demi panggilan nak beli emas ni. So bermula dari situlah saya belajar sikit-sikit untuk jual beli emas ni. Niat kita untuk bantu sesama kita supaya peluang ini kita rebut di dalam kita buat simpanan harta kita.


7. Rupanya simpanan emas ni, memang menjadi tempat para pelabur dunia beli. Sebab mereka tau emas ni boleh buat duit. Cuma kita je yg tak tau sebab tak de sapa yg nak ajar kita. ( Kesian kita kan? )


8. So, apalagi...teruskan pembelajaran anda semua mengenai emas ni. Simpan emas sikit2 dari sekarang. InsyaAllah berkat dan untung.


Jumpa lagi

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

BERITA EMAS: CEPAT SIMPAN EMAS, US DOLLAR MAKIN LEMAH


Salam semua..


Posting kali ni saya nak kongsi maklumat yang amat penting dengan saudara semua. Saya baru baca satu artikel kat web Public Gold, amat menarik mengenai ekonomi dunia harini dan masadepannya.


1. Sebelum tu, saudara kena faham dulu kaitan emas dan US Dollar. Mudahnya pergerakan harga emas adalah songsang dengan harga US Dollar. Kalau Dollar naik, harga emas turun, tapi kalau Dollar turun harga emas akan naik.


2. Sebab apa jadi demikian? Mudah fahamnya, apabila harga Dollar turun, inflasi akan naik. Jadi paa pelabur akan simpan duit di dalam porfolio yang kalis inflasi, antara yang jadi pilihan utamaialah emas. Sebab emas ni kalis inflasi, harga tak jatuh, tapi makin naik ada la.


3. So, di dalam artikel tu sebut, sekarang ni Dollar Amerika tengah jatuh dan dijangka akan terus jatuh pada 2010 nanti. Deficit negara uncle Sam ni dah mencecah 1.5 trilion. ( Banyak tu)


4. Dan ekonomi Amerika dan nilai Dollar Amerika ni bergantung sangat pada belian daripada China dan Jepun. Kalau China tak mahu berdagang dalam Us Dollar maka akan teruk lagi dollar ni. Sekarang pun China ada ura-ura tak mau pakai USD dalam perdaganagnnya.


5. Baru-baru ni China dah beli emas fizikal degan banyaknya dan lombong emas di China tidak jual kepada negara luar. Negara China menggalakkan rakyat dia simpan emas.


6. Sekarang ni India , pejabat pos pun jual syiling emas.


7. Mungkin ramai antara kita yang tak begitu faham tentang pentingnya simpan emas ni sekarang ni. Ambik masa sikit untuk memahami tentang ekonomi dunia ni. Tapi percayalah, siapa yang simpan emas sekarang akan terjamin hartanya dan pelaburannya.


8. Buktinya, apa yang berlaku kepada saya sendiri, saya pun baru sahaja dapat kesedaran ni dalam bulan April 2009( baru 6 bulan ). Emas yang pertama saya beli pun dalam bulan April. ( Nanti saya akan kongsi sejarah emas saya...tungguuu),. Yang saya nak kongsikan adalah keuntungan daripada tolong orang untuk simpan emas ni dah dapat lebih kurang RM 2000 disebabkan kenaikan harga emas.


9. Nak bagitaunya, harga emas akan naik lagi. Setakat sekarang ni dah mencecah 1060 -1070 /ounze.


10. So, jangan berlengah lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang. Ya sekarang jugak. Saya amat yakin dengan masadepan emas. Amat GEMILANG, INSYALLAH!!!!

Read more...

Isnin, 19 Oktober 2009

SEMBANG EMAS: BAGAIMANA NAK MULA SMPAN EMAS?


Salam semua....


Harap sahabat semua sihat hendaknya, kerana sihat adala satu anugerah yang tiada ternilai. Jagalah ia.


1. Baik posting kali ini saya nak kongsi sikit pasal, bagaimana nak mula simpan emas Public Gold. Saya selalu ditanya oleh ramai orang, adakah emas PG ni kena bayaran pendaftaran ke? Macam skim pelaburan ke? Yuran ada dikenakan ke?


2. Baik, biar saya jawab di sini. Untuk simpan emas PG ni very simple. Macam sahabat beli barang je. maknanya trading biasa. Sahabat bagi duit dapat emas fizikal. Lepas tu simpan baik-baik.



3. Lepas simpan, check harga emas dunia. ( Boleh lawat http://www.publicgold.com.my/ untuk check harga. Harga emas ni berubah setiap jam.



4. Bila dah harga naik, cuba tengok harga belian. Kalau dah buat untung boleh jual balik. Senangkan. Tak payah harap orang tolong laburkan duit kita. Kita urus pelaburan kita sendiri.


5. Atau ada orang yang nak beli, boleh jual dengan harga jualan. Lagi untung sebab tak payah tunggu lama-lama.


6 Ok saya harap terjawab semua keraguan sahabat mengenai emas Public Gold ni. Bagi saya antara emas yang sempoi dan simple.


7. Anda boleh belajar banyak mengenai teknikal pelaburan dan simpanan emas ni dengan otai emas, saudara Shukor ( admin jutawanemas.com ). Sila layari web beliau www.jutawanemas.com


Read more...

Ahad, 18 Oktober 2009

BERITA SEMASA: HARGA EMAS AKAN NAIK KE PARAS 1600 - 2000/ounze


Salam semua.......


Ni ada info terkini....

Saya dah baca beberapa artikel mengenai analisis harga emas dunia...

Secara kesimpulanya harga emas dijangka akan naik ( bull ) dalam tahun depan. Dianggarkan naik sehingga 1600 ke 2000/ounze. ( Tinggi tu ) . Sekarang dalam lingkungan 1050 - 1070.


Semuanya memberi alasan Dollar Amerika akan jatuh dan kenaikan harga minyak dunia. Secara logik pun harga minyak dunia akan naik dan dollar pun dah tidak meyakinkan banyak negara. Dah mula orang cakap nak ganti dollar dengan EURO @ Ramibi( kalau tak silap, matawang CHINA ).


Tetapi yang lebih penting sebagai muslim, kita amat yakin emas dan perak akan kembali seperti yang dianjurkan oleh baginda Rasul.


So, jangan ragu-ragu lagi...mulakan simpanan emas anda sekarang....

Read more...

KULIAH EMAS: APA YANG PATUT ANDA TAHU MENGENAI WANG KERTAS


1. Wang Fiat adalah wang kertas yang dihasilkan tanpa sandaran kepada emas, dan juga wang perakaunan seperti cek dan duit elektronik. Dengan sistem ini maka wujudlah “money creation“, di mana bank boleh memberikan pinjaman dengan jumlah yang berganda-ganda melebihi simpanan yang ada


2. Wang fiat tidak mempunyai nilai intrinsik. Kata Dr Rosli Yakub, Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, wang kertas yang kita pakai dibuat daripada kain buruk.
Wang fiat yang digunakan sekarang hanyalah bersandarkan kepada kepercayaan masyarakat dunia kepada ekonomi besar dunia seperti US, Switzerland, England dan sebagainya. Disebabkan wang fiat ini tidak bersandaran kepada "precious metal" seperti emas, maka ianya banyak terdedah kepada kelemahan seperti inflasi, "interest", krisis kredit yang melampau dan sebagainya.



3. Pada tahun 1944, adalah tarikh malang di dalam system ekonomi dunia apabila Perjanjian Bretton Woods di mana 44 buah Negara telah bersetuju untuk menyandarkan wang mereka kepada Dollar Amerika. Dan pada 1977, dollar Amerika tidak disandarkan kepada emas.
Dinar Emas adalah antara alternatif untuk kita menggantikan sistem wang kertas (wang fiat) yang banyak menjurus kepada riba. Idea penggunaan Dinar Emas pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebagai matawang antarabangsa bagi negara-negara Islam, bagi mengelakkan pergantungan kepada USD (Dollar Amerika) yang kerapkali tidak stabil dan menyebabkan krisis ekonomi. Namun idea ini terhenti begitu saja setelah beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri.



4.Kesimpulan
· Wang kertas yang kita gunakan seharian hanyalah sekeping kertas yang diberi nilai
· Wang kertas yang kita gunakan nilainya akan merosot pada masa akan dating disebabkan oleh inflasi
· Wang kertas yang kita gunakan tidak akan dapat menolong kita di masa depan
· Jalan terbaik untuk selamatkan duit kita ialah menukarkannya dengan emas.



So, tunggu apa lagi, simpan emas anda sekarang……

Read more...

Ahad, 11 Oktober 2009

KULIAH EMAS 2 : PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL

Apa khabar semua? Harap semua sihat. Sebab tanpa kesihatan apa yang mampu kit buat. Nak melabur emas pun kena sihat, tak gitu?

Baik kali ni kita sembang sikit peranan emas yang kedua. Apa yang emas boleh bagi keuntungan kepada kita.


1. Ini peranan emas yang kedua. Seperti yang saya terangkan di dalam posting sebelum ini ( PENGENALAN ) , wang kertas yang kita ada sekarang amat lemah untuk menyimpan nilai. Nilainya akan semakin susut dari tahun ke tahun. Nilai 10k sekarang akan jadi 4k sahaja 10 tahun dari sekarang. Kalau tak percaya cuba simpan tengok. Tapi jangan buat sebab memang pasti rugi.


2.Justeru apa bentuk simpanan yang akan mengekalkan harga simpanan kita? Atau kata lain yang kalis inflasi?

3. Ada beberapa bentuk simpanan yang kalis inflasi.
Hartanah. Tanah dan rumah adalah penyimpan nilai yang baik. Sebab harga rumah dan tanah tidak akan jatuh. Jika inflasi naik, harga hartanah juga naik. Cuma yang tak bestnya simpanan hartanah ni, modalnya terlalu besar dan kecairannya rendah. Tak semua daripada kita, saya dan anda mampu untuk memilikinya. Kalau anda hartawan tak mengapa. Satu lagi, kalau kita nak jual hartanah ni pun ambik masa, silap-silap tak dak sapa beli, lagi teruk.


4. Tapi kalau emas, semua orang mampu. Harga satu dinat emas sekitar RM 480 sekarang. Saya amat yakin majority daripada kita mampu memilikinya. Dan yang lebih penting, kalau kita nak pakai duit, anytime boleh jual atau gadai. Bestkan.

5. Baik saya amat yakin anda ada wang simpanan. Ada yang letak dalam ASB, Tabung haji dan lain-lain. Duit tu mesti datang dari usaha titik peluh kita yang kuat bekerja. Tapi sedarkah kita bahawa duit simpanan kita, katakan 10K, kalau 10 tahun dari sekarang, agak-agak berapa nilainya? Jangan terkejut kalau nilainya dah jadi 5K saja. Sebab apa? Inflasi dah makan nilai duit kita.

6. Sebab tu harga sepinggan mee zaman datuk saya hanya 10 sen, sekarang dah jadi RM 3.

7. Tapi kalau kita buat simpanan dalam bentuk emas, bayangkan kalau datuk kita ada simpanan emas 10k. Selepas 10 tahun, agak-agaknya berapa nilainya? Dah jadi harta karun dah.

8. Sebab tu emas adalah penyimpan nilai yang unggul. Simpanlah emas kalau kita nak lindungi kekayaan yag kita kumpul. Semestinya tak akan rugi. Anak cucu kita pasti terkejut dan kagum dengan kita nanti.

Berjumpa lagi di lain posting , Insyallah

Read more...

Sabtu, 10 Oktober 2009

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum semua....

Mungkin sahabat sekalian tertanya-tanya , macamana nak hubungi saya. Kot-kot la , anda berminat nak mulakan simpanan dan pelaburan emas.

Ni nombor hanpon saya :

013-9322542

Emel : nazilnuhairi@gmail.com

PS : Kalau ada apa-apa pertanyaan, sahabat boleh hubungi saya bila-bila masa.


Saya adalah agen PUBLIC GOLD.
Sahabat boleh pergi ke website Public Gold untuk tengok produk yang ditawarkan.
( www.publicgold.com )
( saya cadangkan beli dulu emas 20g sebagai permulaan )

Ok, jumpa lagi lain kali....

Read more...

KULIAH EMAS 1 : PELABURAN EMAS , KEUNTUNGAN YANG PASTI

Salam semua...

1. Baik ni peranan emas yang pertama, sebagai intrumen pelaburan yang stabil dan keuntungan yang pasti. Sebab apa saya kata begitu? Sebelum tu saya nak tanya anda, anda ada buat pelaburan sekarang? Sekarang ni banyak plihan buat pelaburan.



>2. ASB yang paling popular dikalangan bumiputera. Keuntungannya boleh tahan dalam 9-10% setahun.



>3. Koperasi juga boleh tahan keuntungannya, Bank Rakyat ( asal koperasi) 15% setahun tapi dah penuh kuota. KOWAHIDA bawah HPA 14% setahun. Bank persatuan 10% setahun.( ni yang saya tahu jelah)



>4. Unit amanah. Juga satu bentuk pelaburan yang boleh buat untung. Tapi keuntungannya berdasarkan prestasi ekonomi semasa Negara dan dunia. Kalau masa saham naik, memang best, saya sendiri buat untung hamper 60% dalam 2 tahun. Tapi harganya sekarang, pening kepala. Kalau ada sapa2 yang labur dalam Public China Ittikal harga jatuh merudum. Dari RM o.25 kepada RM 0.15 pada satu ketika.



>5. Skim cepat kaya. Ya inilah yang ramai jugak terlibat dan rugi ntah berapa juta dah. Tapi orang kita tak serik-serik. Pak man telo la, swiss cash la, euro la.. dan macam-macam lagi. Alhamdulillah saya tak pernah terlibat, hamper-hampir terlibat je.



>6. Itu hanya sebahagian yang saya tahu, mungkin anda ada lagi alternatif lain dan ada pengalaman sendiri.




7. Tetapi selepas saya tahu mengenai simpanan emas ni, saya rasa tidak ada pelaburan yang paling baik melainkan pelaburan emas.



>8. Baik apabila kita melabur apa yang kita inginkan? Mestilah UNTUNG. Keuntungan daripada kenaikan harga modal( capital ) dan agihan( dividen ) . Harga saham amat tidak menentu. Kadang-kadang naik dan turun, dan juga berisiko. Sebab tu semua unit amanah dan pengurus dana/koperasi tidak berani memberi sebarang jaminan keuntungan. Di tambah pula kita kena bayar upah pengurusan kepada mereka.



>9. Baik, sekarang saya nak tanya anda, anda pernah dengar harga emas jatuh dari tahun ke setahun? Soalan ni kena tanya orang perempuan baru sesuai? Cuba Tanya isteri anda atau emak anda atau saudara perempuan anda?



>10. Fakta harga emas dunia menunjukkan harga emas dalam jangkamasa 8 tahun telah meningkat sebnyak 246%. Ini fakta. Kalau anda simpan 10k, selepas lapan tahun duit dah jadi hamper 40K. Dan harga emas tidak pernah susut. Ini satu jaminan kewangan yang amat HEBAT!



>11. Saya tidak kata semua pelaburan di atas tidak baik, sebab saya pun melabur jugak. Tetapi dalam hukum pelaburan , kita kena pelbagaikan bentuk pelaburan kita. Don’t put all eggs in one basket.Jadikan simpanan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan penting anda.



>12. So apa tunggu lagi, JOM simpan dan melabur dalam emas sekarang juga.


Read more...

Rabu, 7 Oktober 2009

SALAM EMAS: SALAM PENGENALAN


Sahabat-sahabat sekalian. Salam perkenalan, SALAM EMAS kepada semua.....

1. Sebelum ini saya hanya tahu emas ni hanya untuk orang perempuan. Perempuan dan emas macam isi dengan kuku, tak boleh dipisahkan. Dan saya yakin kebanyakan orang ( mungkin juga anda ..:) ) pun berfikiran begitu.


2.Tetapi semuanya berubah apabila saya mula mengkaji tentang emas apabila ekonomi dunia sedang merudum awal tahun ini. Saya bagaikan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi? Sehinggakan bank-bank,syarikat gergasi dunia pun boleh gulung tikar, pekerja banyak kena buang kerja dan ramai yang jatuh terjelepuk sebab saham-saham jatuh merudum.


3.Kaji punya kaji, barulah saya faham, rupanya ekonomi dunia ni amat rapuh. Semuanya menggunakan duit kertas, ya duit kertas yang kita guna hari-hari untuk membeli. Anda tahu taka apa sebenarnya duit kertas tu? atau kita panggil wang fiat. Tu hanya kertas kosong yang dicap nombor atas nya. Tak dak apa makna sebenarnya. Nilai duit tu sebenarnya hanya diberi oleh bank Negara. Contohnya duit Jepun( pokok pisang) zaman penjajahan Jepun dulu, harini dah tak laku. Sebab apa? Sebabnya bank Negara dah tak iktiraf sebagai duit . Jadi barang koleksi saja.


4.Tapi cuba anda bayangkan , kalau duit jepun tu disimpan dalam bentuk emas pada zaman jepun dulu. Agak-agak berapa harganya emas itu sekarang. Kalau 50 tahun dulu nenek kita simpan emas harga 10 000. Sekarang ni agak-agak berapa ya nilainya? Harta karun dah namanya.


5.Satu lagi, duit kertas ni nilai dia akan makin susut pada masa hadapan. Percaya tak anda, katakana anda ada simpanan RM 10 000 dalam wang kertas sekarang. Anda simpan baik-baik. 10 tahun lagi, anda keluarkan wang simpanan tersebut. Agak anda, berapa nilainya pada masa itu? Makin naik atau turun? Baik saya akan bagi jawapannya, jawapannya TURUN !!!! Nilainya bukan lagi 10 000, tetapi dah jadi RM 4000 sahaja. Kalau sekarang RM10k boleh beli motor 2 biji, tetapi 10 tahun lagi, sebiji motor pun tak lepas. Kenapa?


6.Ini kerana nilai wang kertas dah dimakan oleh inflasi. Tak payahlah saya terangkan apa itu inflasi. Tapi cukup untuk anda tahu, nilai wang anda akan merosot. Anda suka atau tidak? Tak perlu bagiatu sebab saya dah tahu jawapan anda.


7.Jadi apa yang harus anda lakukan? Di mana anda patut simpan wang anda. Di mana anda patut laburkan wang anda? Apa bentuk pelaburan dan simpanan yang paling selamat dan menguntungkan anda?


8.Ya, itulah yang saya mahu kongsikan dengan anda semua. Ilmu ni tak baik kalau disimpan sorang-sorang, betul tak? Jadi saya akan bongkarkan Rahsia Emas: buat duit dengan simpanan emas kepada anda.


9.Tujuan utama saya buat semua ni ialah nak wujudkan satu komuniti emas. Maksudnya nak kumpulkan seberapa ramai orang yang berminat, nak baru belajar atau nak kongsi ilmu tentang emas dalam satu ikatan, khususnya di sebelah utara, dari Perlis sehingga ke Penang. Kalau dah besar komuniti ni macam –macam yang kita boleh buat program, Insyallah. Jadi, JOM ajak kawan-kawan dan saudara mara semua untuk joint MINDA EMAS.

Read more...

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.