BERITA EMAS: Harga emas dah lepasi USD1200/oz
Salam semua...saya agak sibuk sikit sehari dua ni, almaklumlah baru mula balik kerja selepas cuti sakit selama 4 bulan. Otak pun dah agak lembab, tapi akan cerga semula bila tengok emas.
Kalau anda semua baca balik artikel saya mengenai BERITA EMAS, khususnya tentang pergerakan harga emas, saya ada menulis mengenai harga emas akan capai US 1200/oz akhir tahun ini. Artikel tu dah sebulan.
Yang saya nak tegaskan di sini ialah harga emas dah pun melepasi US 1220/oz sekarang. Subhanallah..
Dan tahun 2010, dikatakan adalah tahun GOLD, sebab keadaan ekonomi dunia tidak menentu, pelabur hilang keyakinan terhadap sistem kewangan global sekarang, matawang US Dollar makin lemah, langsung tida ada tanda-tanda pemuliha kepada matawang USD ni sampai 2012.
Manakala permintaan terhadap emas daripada negara-negaa dunia semakin meningkat, yang terbaru di katakan Vietnam akan beli emas. China tengah mengintai stok emas terutama di Australia untuk dibeli.
Maknanya harga emas ni tak nampak gaya nak turun, makin naik dan terus naik. Saya bukan nujum pak belalang, tapi ada pendapat pakar ekonomi kata harga emas akan cecah 1600/oz akhir tahun depan. Jom tengok siapa yg kena..
So, sahabat dan kawan-kawan semua, jangan lengah lagi. Beli emas sekarang. Ramai kata harga tengah tinggi. Saya kata ya memang tingi harini. Tetapi harga harini jadi rendah esoknya bila harga makin tinggi.
Saya seru...belilah emas sekarang. BELI JANGAN TAK BELI.
0 ulasan:
Catat Ulasan