SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Ahad, 9 Januari 2011

PERBUALAN EMAS: SENARIO KEBANYAKAN KITA

Di sini saya rakamkan untuk berkongsi dengan semua sembang-sembang FB saya dengan salah seorang sahabat. Ini perbualan dalam 2009. Sekarang sahabat ni pun dah terlibat dengan simpanan emas.

Mr F:
alhamdulillah.
good to hear that.

tapi mahai la.. la nih..
i missed the boat..

Me:
In gold no such thing you missing the boat. the boat is always there. just catch any boat. sooner or later it will profitable.
aku pun rasa apa yg hang rasa dulu. harga mahal la ni akan jadi murah bila harga terus naik. hang boleh tunggu dan tengok pergerakan harga. tapi by that time, sekali lg hang akan kata you missing the boat.
so start saja, mula dengan dinar emas dulu. paling murah

Mr F
itu lah pasal..
what u say is true and i do agree..

indeed, with stronger financial capabilities (debatable too, i understand),
i am not in the position to be stashing some there.
but yes.
in future.. in near future,
i do hope to do so..

Me:
It's ok ya akhie...
at least you see the oppurtinity. there are still a lot out there that even never see that golden oppurtinty.
The best investment is knowledge. That by time and some conditional motivation, you'll get there. i understand. keep on study and study, read and read,explore and explore......
maybe now you are the potential audience before you become real player.


Begitulah kebanyakan orang yg saya jumpa. Nasihat saya jangan unggu sampai terlambat, nanti asyik terlepas 'the boat'.
Simpan emas sekarang

Read more...

Sabtu, 8 Januari 2011

HARGA EMAS MULA TURUN

Salam semua sahabat,

Terima kasih kepada semua yang sudi jenguk ke blog ini.

Kali ini saya cuma nak berkongsi pendapat saja. Kalau tengok harga emas, dah mula turun sikit. Selalunya akan turun lagi.

Apa maknanya? Maknanya time yang baik untuk beli emas dan simpan. Simpan sampai Disember, pastu boleh jual.

kali ini saya sedikit rugi dalam untung.:) Saya cepat sangat jual emas dalam bulan Oktober. Masa tu harga bg 20g PG: RM 2800. Ingatkan dah tinggi, tapi dah untung dah. Tiba2 naik lagi sampai Disember ni RM 3200. Rugi ooooo. Dalam RM 400 setiap 20g.

So beli emas, kalau anda malas pun untung, kalau rajin lagi untung. Sesuai sangat bagi sesiapa yg malas tapi nak untung...

Read more...

Khamis, 21 Oktober 2010

PENGALAMAN PERTAMA BELI EMAS






Salam semua....harap sejahtera

Kali ni saya nak kongsi pengalaman pertama saya beli emas. Emas pertama saya beli pada 23/4/2009 di Kulim. Pada masatu Ust Rafidi ( sekarang dah jadi master dealer kat Kulim ) yang jual.

Harga pada masa tu RM 2211 untuk 20gram ( Tengok resit pertama pembelian saya , sejarah tu ). Itulah jongong emas pertama saya dalam genggaman. Best oooo..

Saya ingat harga tu dah tinggi. Sebab masa tu saya beli nak test dulu. Macam anda semua jugak. Rupa-rupanya memang best. Harga dia terus naik samai kemuncak Disember 2009.

Sekarang ni nak tahu berapa harga ems 20gram tu? Saya check kat web Public Gold pada masa saya tulis ni( 11.46pm 21/10/2010 ) RM3020.
( Boleh check kat web www.publicgold.com.my


Maknanya kenaikan dari April 2009 - Oktober 2010 = 18 bulan


3020 - 2211 = 809

% keuntungan = 36 %

Itu bagi sebiji jongkong 20gram. Kalau 10 jongkong 20gram?

Cuba bandingkan keuntungan ASB,Amanah Saham, Tabung Haji. Berapa agaknya? Anda jawab sendiri ya.

Kesimpulannya simpan emas ni tak rugi. Memang tak rugi. Jom pakat-pakat simpan emas ye.

Nak start simpan, boleh contact saya bila-bila masa.

Read more...

Isnin, 18 Oktober 2010

RENUNGAN EMAS: JANJI NABI KEPADA KITA


Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say:


"A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."


(The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Read more...

Sabtu, 16 Oktober 2010

HARGA EMAS MAKIN TINGGI


Salam sahabat emas semua....

Sedarkah anda, harga emas semakin tingi sekarang. kalau posting yg lepas harga emas dunia dalam USD 1316. Sekarang USD 1368. Tinggi tu.

Sapa-sapa yang simpan emas tersenyum lebar. Emas yang disimpan bekerja kuat untuk kekayaan tuannya.

Takkan anda semua nak tengok je...Jom mulakan sekarang.

# Anda juga boleh mula simpanan emas atau perak. Kedua-duanya pekerja yang amat setia kepada tuannya. Simpanlah mereka.

Read more...

Jumaat, 1 Oktober 2010

HARGA EMAS TENGAH TINGGI

Salam semua sahabat emas...

Lama tak post dalam blog ini. Sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu hidup ni sehingga terpaksa tinggalkan sekejap MINDAMAS ni. Apapun semua dah selesai.

Sebagai pembuka bicara mula selepas lama tak bersuara, saya nak komen sikit tentang harga emas sekarang.

Sebentar tadi saya check ( 12 am, 3/10/2010 ), harga emas dunia ialah USD 1317/onze. Tinggi tu. Macam akhir Dec 2009.

Apa yang saya tengok trend , akhir tahun harga emas akan naik, awal tahun harga emas turun.

Apa pun, sekarang ialah masa terbaik untuk jual emas, tetapi hold dulu untuk beli. Tunggu sekejap biar harga reda sikit.

Saya pun bercadang nak pergi jual emas esok, kalau takda aral melintang.

Oklah jumpa lagi di lain posting. Salam emas dari saya.

Read more...

Rabu, 23 Disember 2009

BERITA EMAS : Tingkatkan simpanan emas anda

Salam semua...agak lama saya tak menulis blog. Sibuk sikit sebab dah mula bertugas. Tapi emas tetap dalam hati.

Sejak akhir-akhir ni banyak rakan-raka emas yg dah mula simpan emas. Ya, sejak harga emas turun sikit sekarang ni. Tahniah dah syabas saya ucapkan kepada telah buka langkah pertama untuk simpan emas. Kata pepatah , TIADA LANGKAH SETERUSNYA TANPA LANGKAH PERTAMA.

Rupanya, ramai dikalangan rakan-rakan emas yg berjumpa dengan saya, dari serata tempat. Dari pulau Langkawi, Alor Setar, Changlon, Sungai Petani sampai ke Kulim. Ramai yang dah belajar sikit-sikit mengenai emas ni.Tapi rata2 tak mula langkah lagi. Tunggu dan lihat.

Nasihat saya, jangan tunggu saja, sampai bila nak tunggu. Bertindak sekarang, mulakan simpanan emas anda. Pejam mata, beli emas. Rasakan keindahan memiliki emas anda yg pertama dalam gengaman anda. Bestttttttt......percayalah.

Mungkin ada dikalangan kita yang tengah tunggu dividen saham, ASB dan yg lain. Tak pa tunggu dulu dividen masuk lepas tu beli emas. Itulah langkah yg paling bijak untuk menggandakan harta anda.

So kepada semua, apa tunggu lagi, dapatkan emas anda sekarang....tambahan harga tengah cantik dan molek.

Read more...

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.