SELAMAT DATANG SEMUA KE DUNIA EMAS....

DUNIA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN DAN KEKAYAAN
Kilauan emas pasti mempersona siapa yang melihatnya. Apatahlagi dapat memilikinya. Anda perlu tahu bagaimana EMAS boleh membantu anda mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran daripada kekusutan kewangan

SIMPANAN EMAS

PELABURAN YANG MENJANJIKAN...
PELINDUNG KEKAYAAN YANG UNGGUL....
KEPUASAN BEREKONOMI....

Rabu, 23 Disember 2009

BERITA EMAS : Tingkatkan simpanan emas anda

Salam semua...agak lama saya tak menulis blog. Sibuk sikit sebab dah mula bertugas. Tapi emas tetap dalam hati.

Sejak akhir-akhir ni banyak rakan-raka emas yg dah mula simpan emas. Ya, sejak harga emas turun sikit sekarang ni. Tahniah dah syabas saya ucapkan kepada telah buka langkah pertama untuk simpan emas. Kata pepatah , TIADA LANGKAH SETERUSNYA TANPA LANGKAH PERTAMA.

Rupanya, ramai dikalangan rakan-rakan emas yg berjumpa dengan saya, dari serata tempat. Dari pulau Langkawi, Alor Setar, Changlon, Sungai Petani sampai ke Kulim. Ramai yang dah belajar sikit-sikit mengenai emas ni.Tapi rata2 tak mula langkah lagi. Tunggu dan lihat.

Nasihat saya, jangan tunggu saja, sampai bila nak tunggu. Bertindak sekarang, mulakan simpanan emas anda. Pejam mata, beli emas. Rasakan keindahan memiliki emas anda yg pertama dalam gengaman anda. Bestttttttt......percayalah.

Mungkin ada dikalangan kita yang tengah tunggu dividen saham, ASB dan yg lain. Tak pa tunggu dulu dividen masuk lepas tu beli emas. Itulah langkah yg paling bijak untuk menggandakan harta anda.

So kepada semua, apa tunggu lagi, dapatkan emas anda sekarang....tambahan harga tengah cantik dan molek.

Read more...

Jumaat, 11 Disember 2009

BERITA EMAS: Seminar Public Gold di Sungai Petani, Kedah

Salam...
Ini berita baik kepada pelabur, bakal pelabur emas sekalian.

" Rahsia Pelaburan di dalam Jongkong Emas akan Dibongkar". Satu seminar Public Gold akan diadakan di Sungai Petani, Kedah.

Tempat : Park Avenue Hotel ( Tepi Highway )
Tarikh : 19 Disember 2009
Masa : 8 - 10 mlm
Yuran : PERCUMA

Sila message NAMA dan IC kepada saya sebelum 16 Disember 2009 untuk tempahan kerusi. Penyertaan amatlah terhad. Siapa cepat dia dapat

Read more...

BERITA EMAS : PERHATIAN!!!!!! Harga emas tengah cantik, beli sekarang

Perhatian semua pelabur emas. Harga emas agak jatuh minggu ini.
Apa maknanya? Maknanya masa terbaik untuk beli emas anda. Bagi yang telah beli kukuhkan simpanan anda. Jangan takut plak harga emas jatuh. Tapi inilah peluang nak buat duit dengan emas.

BELI SEKARANG!!!!!!!

Read more...

KULIAH EMAS: Konsep di dalam ekonomi yg perlu diketahui

Salam semua...harap semua sihat sesihat emas

Saya ingin kongsikan dengan anda semua satu petikan di dalam sebuah artikel yg memberikan sedikit gambaran mengenai sistem ekonomi dunia yang ada kaitan dengan emas.

" Some may argue that all the government has to do is to print more money. Yes, that is true. A learned friend of mine once said that the government will never run out of money because it can just print more. That is a brilliant statement. But of course it has it consequences. The amount of paper money in circulation must correspond to the amount of gold held in reserves. If paper money exceeds the value of gold - which is what the US is facing right now - then the said currency's value falls. Purchasing power declines. Inflation rises. And a whole lot of other negative economic terminologies."

Kesimpulannya, kalau kita kumpulkan semua duit kertas "RM" yang ada di seluruh Malaysia, jumlahnya mesti senilai dengan emas di dalam simpanan sesebuah negara. Kalau kita cetak lebih banyak duit kertas, maka duit kertas tu akan rendah nilainya,hanya angka saja yang besar tapi nilainya makin kecil.

Sebab tu , sekarang negara China beli emas banyak untuk stok negara mereka. Tak hairan dalam masa yang singkat China akan jadi gergasi dunia.

So yang jadi perhatian ialah emas. Ekonomi negara pun bergantung kepada emas. Apatahlagi ekonomi kita diperingkat individu. Ekonomi kita lebih selamat kalau kita simpn emas.
EMAS = Kebaikan/Kesejahteraan/Kebijaksanaan

Jom simpan emas sekarang

Read more...

Selasa, 8 Disember 2009

BERITA EMAS: Beli emas sekarang

Salam semua. Apa khabar anda semua? Bagaimana simpanan emas anda? Makin bertambah? Banyak pulak soalan. Apa pun teruskan simpanan emas anda, lambat laun emas anda InsyaAllah akan memberi anda senyuman gembira, seperti saya...:)

Baik, di sini saya nak bagitau anda, beli emas ni tidak ada masa terbaik. Jangan harap nak tunggu harga akan murah. Mungkin anda tertunggu-tunggu bilalah harga akan turun? Kalau anda terus menunggu, sampai bila anda tidak akan beli.Bila anda cukup duit, terus beli je.

Tapi di sini, saya nak seru, beli emas sekarang sebab harga tengah cantik. Ini trend dalam harga emas, selepas naik tinggi, ia akan turun sikit. Selalunya lepas ni, harga akan naik balik. Sebab apa jadi begitu, anda tak payahlah fikir. Pening nak terang pun bab-bab naik turun harga komoditi ni.

Cuma yang boleh saya simpulkan, permintaan kepada emas ni terus menigkat di pasaran dunia, so harga dia tak nampak sebab nak jatuh.

So belilah emas sekarang, beli, jangan tak beli

Read more...

Khamis, 3 Disember 2009

KULIAH EMAS: Emas Adalah Pekerja Yg Setia

Salam semua sahabat emas,

Kalau anda semua baca buku mengenai Financial Planning ( Pengurusan Kewangan ) seperti Jutawan dari Planet Jupiter ( Azizi Ali ), Poor Dad Rich Dad. Atau anda baca buku motivasi untuk jana kewangan, kesimpulan yang saya boleh katakan semuanya menyuruh pembaca bina PASSIVE INCOME( Pendapatn Pasif ).

Passive Income ni mudah cakapnya, sumber pendapatan yang kita dapat tanpa peru bekerja. Pendapatan yang kita dapat daripada hasil titik peluh kita dipanggil ACTIVE INCOME seperti duit gaji bulan-bulan kita bagi yg makan gaji. Kalau kita tak bekerja maka duit pun tak dapat. Kalau tak berniaga, maka tak dak duit masuk.

Yang tak baik tentang Aktif Income ni, kalaulah kita ditimpa musibah, accident ka, kena strok ka, dan tak boleh bekerja( minta dijauhkan ). Maka pendapatan pun takda. Tu satu bencana besar dalam hidup. Bukan saja kepada diri bahkan kepada keluarga yg tersayang.

Sebab itu, ramai pakar Pengurusan Kewangan suruh kita bina kekuatan Passive Income. Apa mesin Passive Income ni? Contoh :

1. Fixed Deposit( Deposit tetap )- FD
Simpanan dalam FD ni kira selamat tapi kadar pulangan yang kita dapat dalam 2% je setahun. So kalau kita nak pendapatan RM 1000/sebulan = 12000/tahun. Kita perlu simpan RM 600 000 dalam fixed deposit untk dapat RM 12000/tahun. Persoalannya kita ada ka simpanan sebanyak tu? Ketuk kepala, tanya minda.

2. Beli hartanah
Dengan kita beli rumah dan sewakan dia, memang boleh buat duit pasif. Tiap-tiap bulan penyewa akan bayar duit kat kita. Walaupun dalam ekonomi turun atau naik, permintaan kat rumah ni tetap akan ada, sebab manusia perlu tempat perlindungan. So Tiap-tiap bulan kita dapat duit yg kita tak perlu kerja,penyewa yg bekerja utk kita.

Masalah dalam hartanah ni ialah modal. Modalnya besar. Nak bayar deposit pun kadang-kadang tak mampu. Sebab tu ramai yg tak beli rumah.

3. Saham
Ini pun satu lagi pilihan yg ada. Kita simpan dalam saham, saham amanah atau pun dalam syer market. Semua saham ni boleh buat duit kita bekerja utk kita. Tapi Harga saham amat bergantung kat prestasi ekonomi dunia. Kadang-kadang kita terpaksa tunggu jangkamasa yg lama, bertahun lamanya nak dapat untung.

4. Emas
Ya inilah alternatif yang ada dalam pasaran untuk buat duit pasif. Anda tak perlu bekerja tetapi emas yg akan bekerja untuk anda. Tetapi anda mesti menjadi bos kepada emas ni dulu, maknanya beli dan simpan emas.
Dengan menyimpan emas, harga emas sentiasa naik, so anda akan dapat duit walaupun anda tak bekerja. Lagi lama anda simpan, lagi bagus sebab harga emas akan lagi naik.
Satu yg menarik tentang emas ni, anda boleh mula dengan modal yg rendah. 1 dinar dalam RM 600. Kalau nak masuk Uni Trust minimum RM 1000.

Kesimpulannya, emas ni adalah pekerja yg baik dan setia kepada tuannya. Cuma kita saja yang tidak mahu jadi tuan kepada emas. Sayang seribu kali sayang.

So, seruan saya buat sekaliannya, rebutlah untuk menjadi TUAN kepada emas kerana emas adalah pekerja yang amat setia untuk memberi duit kepada anda. Hanya menunggu anda menjadi tuannya.

Read more...

TIPS EMAS : Simpan sebahagian duit simpanan anda daam emas

Di sini saya hendak berkongsi sedikit ilmu dan cadangan kepada semua pembaca.

Saya yakin anda semua ada duit simpanan, samada di bank, ASB, KWSP atau tabung haji. Cuma yang beza banyak atau sedikit je.

Apa pun, saya nak cadang di sini anda semua keluarkan paling minimum 30 % daripada simpanan anda tu dan beli emas pelaburan.

Simpanan anda akan selamat InsyaAllah. Hati anda tenang, dan fikiran akan lapang.

Setelah anda penat bekerja, berhempas pulas mencari rezeki, simpanlah sebahagiannya dalam emas. Biar emas pula bekerja untuk anda ut menggandakan wang anda.

Itulah rahsia orang kaya-kaya. Mereka mencari peluang untuk mendapat PASSIVE INCOME, maknanya mereka tak perlu bekerja, tetapi duit itu yang bekerja utk mereka.

Mereka goyang kaki pun boleh dapat duit.

Anda pun mampu lakukan hanya dengan membeli emas. Simpan sikit-sikit, beli 1 Dinar emas dulu. Lepas tu beli setiap bulan satu. Kalau tak mampu, beli setiap 2 bulan satu. Yang penting anda beli emas. Simpanlah pekerja setia kita. Emas ialah pekerja dan hamba kita.....

Read more...

BERITA EMAS: Harga emas dah lepasi USD1200/oz


Salam semua...saya agak sibuk sikit sehari dua ni, almaklumlah baru mula balik kerja selepas cuti sakit selama 4 bulan. Otak pun dah agak lembab, tapi akan cerga semula bila tengok emas.

Kalau anda semua baca balik artikel saya mengenai BERITA EMAS, khususnya tentang pergerakan harga emas, saya ada menulis mengenai harga emas akan capai US 1200/oz akhir tahun ini. Artikel tu dah sebulan.

Yang saya nak tegaskan di sini ialah harga emas dah pun melepasi US 1220/oz sekarang. Subhanallah..

Dan tahun 2010, dikatakan adalah tahun GOLD, sebab keadaan ekonomi dunia tidak menentu, pelabur hilang keyakinan terhadap sistem kewangan global sekarang, matawang US Dollar makin lemah, langsung tida ada tanda-tanda pemuliha kepada matawang USD ni sampai 2012.

Manakala permintaan terhadap emas daripada negara-negaa dunia semakin meningkat, yang terbaru di katakan Vietnam akan beli emas. China tengah mengintai stok emas terutama di Australia untuk dibeli.

Maknanya harga emas ni tak nampak gaya nak turun, makin naik dan terus naik. Saya bukan nujum pak belalang, tapi ada pendapat pakar ekonomi kata harga emas akan cecah 1600/oz akhir tahun depan. Jom tengok siapa yg kena..

So, sahabat dan kawan-kawan semua, jangan lengah lagi. Beli emas sekarang. Ramai kata harga tengah tinggi. Saya kata ya memang tingi harini. Tetapi harga harini jadi rendah esoknya bila harga makin tinggi.

Saya seru...belilah emas sekarang. BELI JANGAN TAK BELI.

Read more...

BERKENAAN BLOG INI

Blog ini kubina sebagai wadah dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai emas. Ku kira ilmu ini amat crucial dan mesti difahami oleh semua orang. Semua orang mahu ada harta, itu sifat fitrah manusia. Tapi banyak daripada kita tidak faham dan cetek pengetahuan dengan ilmu kewangan da ekonomi ini, apata lagi tentang EMAS.